Asuh

5 Sebab Anak Sulung Lebih Bijak

2
SHARES
Anak sulung

Sejak kecil, saya sering dibandingkan dengan abang sulung terutamanya dalam pencapaian akademik. Setiap kali abang tunjuk report card pada ibu, pasti ibu tersenyum bangga. Dan hujung minggu itu, ibu akan buat kenduri kesyukuran. Saudara mara yang datang pula tak putus-putus memuji kepintaran abang dan dalam masa yang sama, membeza-bezakan result periksa saya dan abang.

Memang saya jauh hati. Tapi nak buat macam mana, saya sudah usahakan sebaik mungkin.

Abang terus mencapai kejayaan demi kejayaan sehingga peroleh Ijazah dari universiti di Australia dan saya pula hanya sambung di Shah Alam.

Kemudian, saya dapat cerita sepupu sebelah ibu juga sering dibandingkan dengan abang sulungnya yang juga  cemerlang dalam pengajian. Berdetik juga di hati.

Memang semua anak sulung dilahirkan bijak ke?

Banyak kajian di luar negara yang menyatakan anak sulung biasanya mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak kedua dan seterusnya.

Jadi, apa yang membuatkan IQ anak sulung lebih tinggi daripada anak lain?

1. Dapat lebih perhatian

Setiap pasangan yang berkahwin memang menanti-nanti kehadiran cahaya mata apatah lagi ia kelahiran pertama. Jadi seluruh masa, perhatian dan pengetahuan dicurahkan pada anak sulung.

2. Terdedah dengan orang dewasa

Anak sulung biasanya dikelilingi dengan orang dewasa seperti ibu bapa, pakcik, makcik, nenek dan datuk. Itulah kawan ketika dia sedang membesar.

Berlainan dengan anak kedua dan seterusnya, mereka menjadikan anak sulung sebagai teman bermain dan bercakap. Jadi, anak yang bercakap dengan orang dewasa, otaknya lebih banyak berkembang.

3. Dapat kebebasan untuk mencuba

Ibu bapa mana yang tidak mahu berikan yang terbaik untuk anaknya lebih-lebih lagi ketika itu anaknya baru seorang.

Jadi, anak sulung berpeluang mencuba semua aktiviti dan kelas pembelajaran yang diminatinya. Melihat anak sulung sudah mahir dan berpengetahuan, ibu bapa biasa menggalakkan anak sulung berkongsi ilmu dengan adik-beradik. Sudah tentu tidak sama cara pengajarannya.

4. Kerap mengajar adik-beradik membuatkan memorinya makin tajam

Apabila anak sulung belajar benda yang baru, dia akan mengulang apa yang dipelajarinya kepada adik-adiknya secara berulang-ulang, secara tak langsung menajamkan memori dan ingatannya.

5. Cipta persaingan agar jadi terbaik

Apabila anak sulung mendapat adik, dia akan mewujudkan persaingan antara adiknya untuk menuntut lebih banyak perhatian.

Jadi, dia akan berusaha untuk meningkatkan lagi pengetahuannya agar jadi terbaik di mata ibu bapa. Siapa yang tak suka anak bijak pandai kan?

Jadi, adakah IQ anak kedua dan seterusnya memang tidak hebat?

Sebenarnya anda bertuah kerana mempunyai role model yang boleh diikuti. Jadikan kehebatan mereka sebagai satu pemangkin untuk anda menjadi hebat seperti mereka.

Kepandaian boleh dipelajari dengan usaha. Ibu bapa juga perlu pandai seimbangkan tumpuan pada setiap anak. Sudah lumrah, tidak semua anak yang dilahirkan sama IQ dan perangai.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×