Asuh

Scott’s Gummies Multivitamin Perkenal Perisa Baru Mangga, Anak- Anak ‘Confirm’ Suka!

16
SHARES

Memandangkan penjagaan kesihatan anak-anak menjadi salah satu keutamaan ibu bapa, selalunya mereka mencari cara baharu untuk memberikan nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan yang sihat.

Justeru itu, Scott’s jenama nombor satu di Semenanjung Malaysia bagi Kategori Makanan Tambahan Kesihatan Kanak-Kanak dan Vitamin C (Kanak-kanak) telah memperkenalkan Scott’s Gummies dengan Multivitamin perisa baru iaitu mangga,  menyertai rangkaian perisa sedia ada seperti perisa Epal dan Tropika.

Baca juga: Semarakkan Semangat Patriorisme, Filem Pendek 3 Sekawan Bakal ‘Huru-Harakan’ Hari Malaysia Anda!

GUMMIES PERISA MANGGA MENARIK CITA RASA KANAK-KANAK

Gambar: Majlis Pelancaran Perisa Mangga Scott’s Gummies Multivitamin yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil turut dihadiri selebriti terkenal Malaysia, Scha Alyahya.

“Apabila bercakap tentang makanan atau vitamin, kanak-kanak agak memilih kerana mereka biasanya mempunyai pilihan rasa tertentu. Oleh itu, kami memastikan Scott’s Gummies dengan Multivitamin memberi manfaat mikronutrien yang penting pada tahap optimum kepada kanak-kanak dalam perisa menarik yang sesuai dengan cita rasa mereka,” ucap Bryan Wong, Pengurus Besar Kluster di Haleon MSB & Indo-China di Majlis Pelancaran Perisa Mangga Scott’s Gummies Multivitamin, petang tadi.

Gambar: Bryan Wong (tiga dari kiri), Pengurus Besar Kluster di Haleon MSB & Indo-China menyampaikan ucapan alu-aluannya dan Caryn Loh (dua dari kiri), Pengarah Urusan di Watsons Malaysia.

Scott’s Gummies dengan Multivitamin diperkaya dengan Vitamin A, B6, C, D, E dan Zink dan dirumus khas untuk kanak-kanak berumur lima tahun dan ke atas.

Malah, Scott’s merupakan jenama warisan yang lama, terkenal dengan rangkaian emulsi dan DHAnya.

PEROLEH DISKAUN ISTIMEWA DI RANGKAIAN WATSONS MALAYSIA

Gambar: Barisan para tetamu utama yang hadir di majlis pelancaran itu.

Menariknya, Scott’s telah bekerjasama dengan Watsons Malaysia dalam usaha menjadikan produk Scott’s mudah diakses oleh pengguna di seluruh negara. Pengguna akan menikmati diskaun istimewa apabila mereka membeli-belah untuk rasa baharu Scott’s Gummies Multivitamin daripada Watsons.

Selain itu, pengguna yang membuat pembelian RM100 dan ke atas akan menerima hadiah selimut bercorak buaya. Promosi eksklusif ini bermula 15 September 2022 dan akan berakhir pada 26 Oktober 2022.

Scott’s Gummies Multivitamin dalam pelbagai perisa boleh didapati di semua farmasi utama, ia dijual pada harga runcit yang disyorkan RM46.50 untuk satu botol berisi 60 biji atau RM12.60 untuk satu pek 15 biji.

MUSIM TERBARU RANCANGAN ‘GENERASI Z’ & ‘THE Z POWER’

Gambar: Sesi temu bual bersama barisan peserta kanak-kanak dan hos rancangan ‘Generasi Z’.

Pada masa sama, majlis pelancaran yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, turut mengumumkan musim terbaru rancangan permainan realiti popular ‘Generasi Z’ Musim ke-2 dan ‘The Z Power’ Musim ke-3.

Ianya melibatkan kanak-kanak berumur antara 11 dan 13 tahun, bersaing dalam pelbagai aktiviti yang mencabar mereka dari segi fizikal dan mental bagi mengukuhkan kemahiran asas mereka yang bakal menemui penonton tidak lama lagi!

‘Generasi Z’ yang dihoskan oleh Harris Alif akan disiarkan pada hari Ahad pada 18 September 2022 dan jam 7:00 malam.

Gambar: Sesi temu bual bersama barisan peserta kanak-kanak dan hos rancangan ‘The Z Power’.

Manakala ‘The Z Power’ yang dihoskan oleh Owen Yap dan Jordan Sen akan disiarkan pada hari Sabtu, 17 September 2022 jam 9:00 malam di TV3 dan 8TV.

Sempena pelancaran itu juga, sumbangan akan diberikan kepada Smile Train, sebuah organisasi antarabangsa yang menyediakan pembedahan pembetulan untuk kanak-kanak yang dilahirkan dan/atau hidup dengan sumbing bibir dan lelangit.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Scha Alyahya, Harris Alif, Owen Yap dan peserta rancangan permainan realiti, Generasi Z dan Z Power Kids.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×