Asuh

Scha Alyahya Memegang Pelbagai Peranan Keibuan Dalam Hidupnya

89
SHARES

Kita berada di zaman serta moden, dan seringkali memerlukan seseorang yang bergelar ibu untuk bekerja mencari rezeki di samping membesarkan anaknya.

Siapa yang tidak sedih tidak dapat menjaga anak sepenuh masa kan? Lebih-lebih lagi jika anda seorang selebriti seperti Scha Alyahya. Tapi itu tidak bermakna anda tidak boleh menjadi ibu yang sebaiknya untuk Si Manja. Jom kita dengar cerita beliau yang memegang pelbagai peranan keibuan di dalam hidupnya.

Ibu Sebagai Chef, Teman, Guru, Penghibur, Jururawat, Jurulatih Sukan Dan Banyak Lagi

Nampak macam mustahil kan? Tetapi di atas ini adalah sebenarnya peranan yang perlu dimain dan dipegang oleh seorang yang bergelar IBU.

Scha Alyahya melakukan kesemua ini tanpa rasa penat membesarkan anaknya Lara Alana. Pada hari-hari biasa, beliau bersama anak perempuannya yang comel itu menjadi pakar penggaya peribadi dan ingin anaknya kelihatan cantik sentiasa – dan beliau turut menjadi teman peneroka, tukang sorak, guru dan juga seorang chef bagi Si Manja.

Selain daripada itu, Scha dan Lara juga merupakan duta bagi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak jenama Dutch Lady Nutri Plan™. Mereka memulakan hari mereka dengan minat yang sama iaitu fesyen.

Sebagai seorang pakar penggaya peribadi untuk Lara, Scha akan pastikan anaknya itu mempunyai penampilan yang terbaik – sesuai dengan status sebagai anak seorang selebriti terkenal. Dengan memakai pakaian yang cantik ini, barulah Lara bersemangat dan bersedia untuk melakukan aktiviti yang digemarinya iaitu meneroka sesuatu yang baru.

“Tahun ini Lara sudah berumur dua tahun dan bertukar menjadi seorang ahli peneroka dan pengembara kecil yang suka belajar tentang perkara baru setiap hari,” kata Scha, yang juga isteri kepada Awal Ashaari.

Ibu Sebagai Teman Peneroka

vhp_6761

Sudah semestinya seorang ibulah yang perlu memainkan peranan sebagai teman terbaik Si Manja di dalam proses penerokannya. “Untuk merangsangkan rasa ingin tahunya, saya akan menemani Lara dalam pengembaraan mengenali dunia, ketahui tumbuh-tumbuhan, bermain buih dan mencuba permainan mengenali bentuk dan warna. Sekarang, dia aktif meneroka persekitarannya, saya juga perlu memikirkan permainan dan kawasan baru untuk diterokai bersama untuk membantu Lara menjelajah dunianya,” kata Scha sambil tersenyum.

“Sebagai ibu, saya bukan sahaja menjadi teman kepada Lara dalam penerokaannya, saya juga perlu menggalakkan anak saya untuk memberanikan diri dan mencuba pengalaman baru dengan penuh minat,” Scha menjelaskan.

Ibu Sebagai Tukang Sorak Pula

vhp_6182

Sebagai seorang teman baik pula, Scha sentiasa memberikan galakan dan menjadi tukang sorak kepada Lara ketika dia sedang bermain. Sebagai contoh, pernah suatu ketika dulu Lara berasa cemas sewaktu ingin menuruni gelongsor secara bersendirian. Walaupun puas dipujuk oleh penjaganya, Lara tetap tidak mahu melepaskan tangan dan turun dengan sendiri. Scha dengan cepat telah mencuba pendekatan lain dengan menunggu Lara di bawah gelongsor sambil mendepakan tangannya. Dia berusaha memujuk Lara supaya menuruni gelongsor dengan perlahan-lahan dan meyakinkannya bahawa dia akan menyambut anaknya apabila sampai ke bawah. Dengan sorakan oleh Scha, akhirnya Lara memberanikan diri dan berjaya turun bersendirian. Selepas berjaya mengatasi ketakutannya ini, Lara kemudian memberitahu ibunya yang beliau ingin mencuba lagi sekali. Inilah sebabnya mengapa adalah penting seorang ibu memainkan peranan sebagai tukang sorak untuk anaknya.

Lara Mengajar Erti Kesabaran

Semua peranan yang dimainkan oleh seorang ibu betul-betul memaksa beliau untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan keadaan dengan cepat. Dengan melalui cabaran ini juga, Scha berasakan beliau menjadi lebih bersabar.

“Lara mengajar saya erti kesabaran. Saya mendapati walaupun bukan mudah untuk memainkan pelbagai peranan untuk Lara, namun kesabaran membantu saya menjadi seorang ibu yang lebih baik untuk anak saya. Saya kini lebih menerima termasuk ketidaksempurnaan yang ada pada diri saya,” Scha menjelaskan.

Cabaran terbesar seorang ibu pada zaman serba moden ini ialah untuk menyeimbangkan kerjaya dan tugas sebagai seorang ibu. Namun Scha tetap berusaha sedaya-upaya untuk sentiasa meluangkan masa bersama Lara.

“Saya percaya kita perlu menghabiskan masa yang bermutu bersama anak semasa mereka membesar. Walau bagaimanapun ini bukan mudah dilakukan disebabkan oleh komitmen kerja. Saya sentiasa mencari jalan untuk bersama anak saya pada permulaan dan penghujung setiap hari. Ini memastikan dia sentiasa merasai kehadiran saya dan tidak terasa ditinggalkan,” tambah Scha lagi.

Jadi Pakar Nutrisi Pula

Print

Selain daripada menghabiskan masa berkualiti dengan anak, Scha juga gemar memainkan peranan sebagai seorang pakar nutrisi untuk Si Manja beliau. Ini termasuklah menyediakan diet yang seimbang dengan penuh khasiat yang terdiri daripada semua kumpulan makanan.

“Lara cepat besar dan saya perlu memastikan dia mendapat semua nutrien yang diperlukan selain belajar mengamalkan amalan pemakanan yang sihat,” Scha menjelaskan.
Bagi ibu muda yang berstatus selebriti ini, Dutch Lady Nutri Plan™ merupakan teman ideal untuk anaknya.

“Dutch Lady Nutri Plan™ banyak membantu saya menyokong pengambilan nutrisi untuk anak saya. Ini memberikan lebih banyak masa untuk saya memberi tumpuan kepada peranan lain dalam membantu Lara membesar dengan sihat dan gembira,” kata Scha.

Sepertimana Scha yang inginkan apa yang terbaik untuk memenuhi keperluan Lara, Dutch Lady Nutri Plan™ dengan 5X DHA* adalah rangkaian rumusan susu tepung untuk kanak-kanak yang dirumus untuk menyokong tumbesaran kanak-kanak. Si Manja memerlukan nutrien yang berbeza mengikut kepada peringkat pertumbuhan mereka yang berbeza. Di sinilah Dutch Lady Nutri Plan™ memainkan peranan sebagai penyokong pengambilan nutrisi bagi setiap peringkat tumbesaran anak anda.

Ketahui lebih lanjut tentang Dutch Lady Nutri Plan™ dengan 5X DHA* melalui http://www.smartmoments.com.my

Rujukan:
*Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak terdahulu (Tahun 2009).

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×