40 Minggu

Ibu Ini Kongsi Cara Nak Dapatkan Free Gift & Sampel Percuma Untuk Ibu Mengandung. Boleh Try!

23
SHARES
sampel percuma

Siapa tak suka dapat free gift kan?

Tahu tak, sebenarnya ada banyak syarikat yang bagi free gift dan sampel percuma untuk ibu mengandung.

Ya, semuanya percuma tanpa perlu bayar satu sen pun! (*Cuma mungkin ada yang perlu bayar kos untuk postage).

Dalam artikel ini, Puan Nurul Shafii kongsikan banyak link yang boleh ibu-ibu claim sampel percuma yang telah beliau sendiri cuba.

Memang teruja kalau dapat free gift ni… Lebih-lebih lagi ibu yang hampir bersalin tentu banyak nak berbelanja untuk persediaan sambut baby. Sekurang-kurangnya dapatlah jimat sikit-sikit kan?

Jom kita ikuti perkongsian beliau sepenuhnya di bawah ini.

Cara Dapat Sampel Percuma Untuk Ibu Mengandung

Free gift dan sampel percuma khas buat bakal ibu dan ibu-ibu!

Okay, ceritanya bermula bila saya ada tengok satu video di Youtube di mana bakal ibu di luar negara dapat banyak gila free gift dari Amazon dan banyak syarikat lain.

Free gift tu pulak bukan biasa-biasa, semuanya yang best macam botol susu, baju baby, breast pump, sampel susu, mainan dan macam-macam lagi.

Tapi yang sedihnya link yang dikongsikan dalam video tu tak valid untuk rakyat Malaysia dan kalau ada pun kena bayar postage yang terlalu mahal!

Jadi, saya pun buatlah research sikit… Takkanlah dekat malaysia langsung tak ada company yang bagi free gift atau sampel percuma untuk bakal ibu-ibu kan?

Cari punya cari, alhamdulillah jumpalah macam-macam juga. Haa… kita pun isilah semua borang online ni.

Bila barang dah sampai rumah, wahhh punyalah happy tak tau nak kata macam mana!

Mungkin emosi pembawakan baby kut. Yang bestnya, suami pun seronok jugak… Yelah, feeling dapat hadiah siapa je tak teruja, kan?

Okay, tak nak cerita panjang lagi, ini link yang saya dah cuba dan nak share dengan korang semua dapatkan free gift jugak.

Link Sampel Percuma Untuk Ibu Mengandung & Ibu-ibu (2020)

1) Mommy Daddy & I Bag

(yang ni sy dapat masa pegi TCE Baby Expo n cara lain nak dptkan ada dalam link ni)
https://www.mommydaddyni.com/privileges/

sampel percuma 2020

2) Shopee Mums Club

(okay ni mudah je, register je kat shopee mums club ni nnti korang akan dapat welcome gift n hanya perlu bayar postage je)
https://shopee.com.my/m/mums-club?smtt=210.83561

sampel percuma 2020

Ni dalam kotak Shopee tu!

sampel percuma

3) My Bump Box

(yang ni paling best sebab tak payah keluar duit apa pun just register jadi ahli dan follow je langkah di website. Tup-tup ade box smpai kat rumah hee)
https://www.mybumpbox.my/

Ni isi di dalamnya.

4) Sampel Percuma Mamy Poko

https://my.mamypoko.com/en/news/sample-request.html?fbclid=IwAR0zSFFy3fDZgB6AYivtglhWgtVcmbrCBMP7VxvOL_2EGAeaBuC7pLfbMDQ

5) Sampel Susu Similac
https://abbottnutrition.com.my/campaigns/childsamplecampaign/5530FB51-6B31-412F-8166-36A072B567C5

sampel susu baby

6) Susu Nestle Mom 600g

(banyakkk tau sekotak dia bagi, hee yang ni patutnya dalam beg mommy daddy and I tu tapi dia bagi berasingan postage ke rumah)
https://www.tcebaby.com.my/first-touch

7) Sample Drypers Skinature

(dalam kotak exclusive tu cantik sangat siap ade hot stamp logo warna gold lagi, dapat mase kat TCE Baby Expo tu jugak dia bg dalam beg pink tu patutnya xde. Alhamdulillah tiba-tiba dapat)
https://www.drypers.com.my/drypers-sample-request/

8 ) Sampel Pack Tena

https://www.tena.com.my/en/familycarer/products/free-sample?utm_source=google&utm_medium=search&utm_campaign=alwayson_search&utm_content=sitelink-order_free_samples_brand-exact&fbclid=IwAR2App3oaH17HCFI6YDh9F-zcaMrhSKbPet52pU_9qKDf55PKJT3of7nLHo

sampel percuma

9) Sampel Pack Librese
https://www.libresse.com.my/sampling/?fbclid=IwAR2rjidvt-REJ9z8ZZOkRqIjfz600EW_bbw6JR0xNA7qphkNMSd_DLMRghs

10) Applecrumby
Yang ni kene beli produk dia. Saya beli dekat TCE baby expo nanti dapat gift macam dalam gambar

11) Mum to be Pack Mommy Daddy & I –

sampel susu baby

Sample susu Similac + Enfamama
Dapat dari Kelana Jaya Medical Centre. Alhamdulillah staff bagi free gift masa checkup kandungan

Okay sekian shj, selamat dpt free gift ya bakal2 ibu & ibu2 diluar sana !

Akhir sekali, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat syarikat-syarikat yang dah bagi kami banyak free gift untuk menyambut kelahiran cahaya mata kami, insya Allah awal bulan Februari’21.

Mommy Daddy & i, Shopee Malaysia, My Bump Club, MamyPoko Malaysia, Abbott, Nestlé, Drypers Malaysia, Tena, Libresse Malaysia, Applecrumby & Fish, Enfagrow A+ Malaysia dan last but not least Kelana Jaya Medical Centre.

Bagi anda yang bakal bersalin, boleh buat persediaan senarai barang keperluan bersalin dengan merujuk artikel ini: Senarai Barang Keperluan Bersalin & Berpantang Untuk Mama ‘Standby’ Seawal 7 Bulan

Terima kasih dan selamat mencuba ya mommies!

*Tips dapatkan sampel percuma untuk ibu mengandung ini dikongsikan oleh Puan Nurul Shafii menerusi posting asal beliau di Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×