Sihat

Rupanya Ini Perilaku Toksik Terhadap Diri Sendiri Yang Anda Pun Tak Sedar!

17
SHARES
sabotaj diri sendiri

Pernahkah anda terlibat dalam tingkah laku yang anda rasa menjejaskan matlamat hidup anda? Atau adakah anda sering berasa tidak bermotivasi apabila ingin melakukan benda yang penting? Sangat mudah untuk menyalahkan orang lain dan situasi akan mengapa kita tidak berjaya atau gembira dalam hidup, tetapi sebenarnya tindakan kita sendiri yang menentukan kebahagian diri sendiri.

Namun, kadang-kadang orang yang nampak tidak ada masalah dan selalu prihatin kepada orang lain pun, sebenarnya merekalah yang paling banyak masalah. Seorang jururawat kesihatan mental telah berkongsi video di TikToknya @efsan_channn mengenai perilaku diri sendiri yang boleh membahayakan kesihatan mental.

Baca juga: “Bukan Pendiam Sangat Pun”-Ini 5 Fakta Orang ‘Introvert’ Ramai Tak Tahu

PERILAKU SABOTAJ DIRI SENDIRI YANG TIDAK ANDA SEDARI

Walaupun nampak mengejutkan, sesetengah orang menjejaskan matlamat jangka panjang mereka sendiri. Sabotaj diri berlaku apabila seseorang itu menghalang kejayaan mereka sendiri.

 Semua manusia memerlukan tempat untuk mengadu dan tempat bergantung. Tidak semua benda kita boleh tangani sendiri. Oleh yang demikian carilah orang yang anda dapat bergantung secara emosional kerana tidak semua orang kuat secara mental.

Orang yang sabotaj diri sendiri ini selalunya merupakan sistem sokongan yang hebat kepada orang keliling mereka sehingga mereka mengabaikan diri sendiri. Antara tanda-tanda yang akan di alami oleh orang yang menjejaskan diri sendiri adalah apabila mereka:

– Berasa bersalah jika berehat.
– Penat dan sedih tetapi tidak boleh meluahkan kepada sesiapa.
– Sering menangis sendirian.
– Sering ragu dan menunda untuk memenuhi keperluan diri sendiri.

Kita hanyalah manusia yang biasa, jadi luahlah masalah anda kepada orang yang anda percaya kerana kita memerlukan satu sama yang lain. Janganlah tanggung masalah anda itu bersendirian kerana kesihatan mental juga kita perlu jaga.

Mungkinkah anda seorang yang sabotaj diri sendiri? Ketahuilah sebelum terlambat dan sayangilah diri anda sendiri.

Video penuh:

@efsan_channn

Perilaku toksik yg tidak disedari. SELF SABOTAGE! #fyp #fypdongggggggg #mentalhealth #learnontiktok #tiktokmalaysia #justiceforbella

♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata

Sumber: TikTok @efsan_channn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×