Deko & Hias

Rupanya Ini Jenis Dryer Pakaian & Perbezaannya, Ingatkan Semua Sama…

19
SHARES

Musim hujan ini mulalah rasa macam seronok pula kalau ada mesin pengering pakaian dekat rumah kan? Tak perlu sidai dan hanya perlu tunggu beberapa jam sehingga kering. Laju dan mudah betul.

Namun begitu sebelum membuat sebarang pembelian, apa kata baca dulu sedikit perkongsian daripada seorang pengguna di Facebook tentang pengering pakaian. Jadi tak ada lah tersalah pilih nanti. Kan dah membazir kalau macam itu.

Baca juga: Jangan Buang TV Lama Anda, Ini Cara ‘Convert’ Kepada Smart TV

3 JENIS DRYER DAN PERBEZAANNYA

1. VENTED

Harganya murah juga. RM800 lebih boleh dapat. Cuma jenis ni kena letak dekat luar. Sebab nak alirkan wap air. Kalau letak dalam rumah, kena sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air tu.

2. CONDENSER

Harganya boleh tahan. RM1200 ke atas. Jenis ni tak perlu letak luar rumah. Sebab wap akan ditukar menjadi air dan disimpan dalam bekas yang ada dekat mesin ni. Cuma, setiap kali lepas keringkan baju, kita kena buang air tu. Dari segi penggunaan elektrik pula, saya dah semak dekat bill calculator TNB. Akan ada tambahan RM15 hingga RM20 jika kita guna setiap hari. Masih dikira okay lah kan.

3. HEAT PUMP

Konsepnya masih sama dengan condencer. Tapi lebih power dan padu. Harganya kayangan sikit. Sepanjang pencarian, semuanya lebih RM2000. Saya tak reti sangat nak ulas tentang heat pump ni. Sebab saya bukan orang elektrik. Tapi, memang padulah. Terutamanya penggunaan elektrik. Lepas saya cek, sekali penggunaan 800 watt. Kalau saya guna setiap hari, akan ada kenaikan bil sebanyak RM5 saja. Kalau dua hari sekali, RM2.50 saja bil dryer ni sebulan. Bapak murah. Patutlah Samsung claim, kos elektrik hanya RM30 setahun (kalau saya salah tolong betulkan)

“Kalau abang beli Heatpump, harganya memang mahal. Tapi elektrik murah. Cuba kira balik condencer dengan heatpum dalam jangka masa setahun mana yang lebih untung? Biar beli mahal sekali tapi jimatnya berpanjangan. Daripada beli murah tapi bil mahal.”

Lepas basuh, masukkan dalam dryer. Picit-picit, tunggu 3 jam. Siap. Kering boi. Lamanya 3 jam. Kemon. Penggunaan elektrik murah, kot. Lagipun, siapa yang nak tunggu 3 jam tu? Lepas klik start, buatlah kerja masing-masing. Nak tidur ke, tengok tivi ke. Lepastu, bila teringat, barulah keluarkan baju dari mesin.

Tak kedut ke? Ada sesetengah dryer, dia ada anti wrinkle. Baju keluar dari mesin, takkan kedut. Bukanlah tak kedut langsung. Tapi tak berkedut macam kita pakai dryer dobi layan diri.

Paling best, dia boleh memerangkap habuk. Lepas basuh, kita boleh buang habuk yang terkumpul dalam filter. Baju bukan setakat bersih tapi lebih bersih. Ha gittewww. 

Boleh dapatkan di Shopee: https://shp.ee/jwq75m7

Sumber: Facebook Rose Dafeeya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×