Pendidikan anak-anak merupakan perkara penting dalam memastikan mereka mendapat input yang betul. Bukan sahaja bercakap, malah latihan tangan anak mahir menulis juga adalah sangat penting sejak usia muda lagi. Namun, terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan dalam mengajar kemahiran tulisan tangan anak-anak. Nak tahu apa kesalahan tersebut? Ini 7 kesilapan yang mak ayah jangan buat tau!
Baca juga: Anak Cepat Penat Menulis? Ini Jenis Mainan Kuatkan Tangan Jari Anak Boleh Beli Di Shopee
7 kesilapan dalam mengajar kemahiran tulisan tangan kanak-kanak
1. Guna buku latihan menulis huruf dot-to-dot
– Buku latihan dot to dot tidak sesuai untuk latihan kemahiran tulisan tangan kerana contoh latihan dot to dot dalam buku tersebut bersifat tidak continuous. Latihan kemahiran menulis haruslah continuous dan kurangkan angkat mata pensel semasa menulis huruf atau nombor
2. Memaksa murid pegang pensel dengan menggenggam tangannya
– Elakkan memaksa kerana boleh membuatkan kanak-kanak trauma dan ‘withdrawal’ atau ‘refuse to participate’ dalam aktiviti melibatkan pensel dan kertas.
3. Guna pensel bersaiz jumbo
– Pensel bersaiz jumbo adalah besar dan berat, tidak sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai saiz tangan yang kecil. Cari pensel yang sesuai dengan saiz tangan mereka.
4. Guna alat adaptasi pegang pensel pada umur bawah 6 tahun
– Penggunaan alat adaptasi memegang pensel seperti yang terdapat di pasaran hanya boleh digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pegangan pensel setelah melewati umur matang untuk usia ‘pencil grasp development’. Pada usia melewati 6 tahun ke atas, pegangan pensel lebih sukar diubah kerana mereka telah selesa dengan pegangan pensel yang tidak diperbetulkan sebelum ini.
5. Terus guna buku untuk latihan tulisan tangan
– Sebagai permulaan latihan menulis, lebih digalakkan guna bahan-bahan yang bersifat multi sensori seperti membentuk huruf menggunakan doh, pasir, tepung dan sebagainya untuk memantapkan visual dan tactile memori untuk ingat bagaimana huruf ditulis. Banyak sangat idea dan perkongsian multi sensori ini dalam Pinterest, media sosial dan website ahli terapi bertauliah.
6. Tidak guna kertas bergarisan
– Perlu gunakan kertas yang bergaris supaya kanak-kanak ‘aware’ dengan kehadiran garisan sebagai tempat untuk huruf diletakkan. Mulakan dengan kertas bergaris 1 yang dibuat sendiri.
7. Tidak ajar untuk fokus kepada ‘starting point’ huruf ditulis
– Pentingkan ‘starting point’ huruf atau nombor ditulis kerana ini dapat memberi petunjuk untuk ‘letter formation’ yang betul. Tips untuk ‘starting point’ yang betul ialah mula dari atas ke bawah, kemudian kiri ke kanan. Jika kita fokus kepada starting point yang betul, akan mengurangkan kecenderungan reversal writing atau tulis huruf secara mirror image.
Sekian perkongsian saya untuk waktu ini berkaitan kemahiran tulisan tangan. Perkongsian ini adalah hasil daripada pembacaan, kajian dan pembangunan garis panduan intervensi kemahiran tulisan tangan dalam pengajian saya ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
Kajian saya hanyalah berkisar cara untuk mengajar dan memberi intervensi dalam kemahiran tulisan tangan dengan betul berdasarkan prinsip dan teori yang ‘evidence based’ daripada kajian-kajian terdahulu. Saya tolong kumpulkan semula untuk panduan ahli terapi cara kerja di Malaysia. Share sini dulu secara santai ya..hehe.. product sebenar…tunggu..masih dalam peringkat trial and error kajian eksperimen kuasi. Belum tamat lagi eksperimen saya..masih collect data lagi ni…doakan semuanya selesai sebelum berakhirnya tahun 2021..
Sumber: Mahfuzal Zainol