DIY & Kraf

Roti Expired Jangan Buang, Boleh Buat Mol Roti Tahan Selama 6 Bulan!

1
SHARES

Roti adalah antara makanan yang cepat rosak. Jika dibeli dan tidak boleh dimakan selepas tarikh luput, maka roti akan muncul kulat. Kan dah sayang kalau jadi macam itu. Harga roti sekarang ini bukan murah, jadi jangan terus buang ada manfaat lain yang boleh dilakukan dengan roti yang sudah tarikh luput.

Ia boleh dijadikan sebagai mol roti. Pastinya ada masalah pokok yang ditanam di rumah susah untuk hidup dengan subur atau lambat berbuah kan? Jadi, cubalah cara ini boleh mampu merancakkan pengeluaran bunga, melebatkan buah dan menggemukkan daun.

Baca juga: Cara Buat Semburan Organik Bawang Putih, Tanaman Selamat Daripada Serangga Perosak

CARA BUAT MOL ROTI

Seperti yang telah dijanjikan, saya share cara-cara nak buat mol roti (baja roti). Fungsi baja roti sama seperti baja yakult iaitu untuk merancakkan pengeluaran bunga dan melebatkan buah selain menggemukkan daun.

Bahan-bahan:

  1. Keping roti Gardenia expired
  2. 4 sudu gula merah
  3. Air mineral 1.5 L. Boleh guna air mati atau air hujan atau air tapis. Asalkan bukan air paip.
  4. Gunting
  5. Sudu
  6. Corong kertas

Pastikan corong kertas seperti dalam gambar.

Penutup botol perlu ditebuk untuk mengeluarkan gas.

Roti Gardenia expired tadi, perlu digunting secara kecil-kecil terlebih dahulu.

Gambar tak clear sangat. Masukkan roti ke dalam botol yang berisi air mineral.

Letakkan corong kertas ke dalam penutup botol dan masukkan 4 sudu makan gula merah ke dalam botol. Kegunaan corong kertas itu agar gula melaka tidak jatuh ke bawah.

Tutup botol rapat-rapat dan goncang-goncang.

Tutup botol rapat-rapat dan goncang-goncang.

Simpan di tempat yang gelap selama seminggu. Setelah seminggu tapis mol roti. Ambil patinya sahaja (roti yang terurai buang). Guna air yang bening sahaja sebagai pati. Masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Ambil 10ml mol roti dan tambah dengan 1L air biasa. Spray pada daun, pucuk, tanah dan boleh disiram juga. Tiada menjadi masalah.

Routine seminggu sekali, waktu pagi sahaja. Fungsi mol roti untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan melebatkan buah serta menggemuk dan menghijaukan daun. Mol boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 6 bulan.

Semoga manfaat!

Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×