REV Media Group (“REV”), penerbit digital terkemuka di Malaysia terus mengukuhkan lagi kedudukan utama mereka dengan menggunakan Best in Class Adtech & Martech (teknologi Pengiklanan & Pemasaran) untuk mengekalkan kedudukan pasarannya sebagai aset media digital terbesar di Malaysia.
Oleh kerana hampir setiap bulan lebih 13.3 juta rakyat Malaysia melayari aset digital milik REV, sudah semestinya teknologi terbaik perlulah seiring dengan memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna RMG dan segmen pengiklanan mereka.
REV MEDIA PERKENALKAN ‘REV ID’, MUDAHKAN PEMASARAN BISNES PKS
REV baru-baru ini memperkenalkan “REV ID”, ciri log masuk tunggal yang menggabungkan data merentas semua insights web REV kini dikembangkan kepada data Digital Out Of Home (BIGTREE), E-dagang (Wowshop) dan On-ground (Jom Heboh) untuk meraih perhatian khalayak ramai.
Hari ini, REV ID mempunyai lebih daripada 27 juta data pihak pertama aktif bulanan yang unik. Pengiklan kini boleh menyasarkan tapak web premium tempatan Malaysia dan pada masa yang sama menyokong ekosistem tempatan supaya lebih meningkat.
Dalam acara Exploding Content tahunan anjuran REV baru-baru ini, testimoni daripada Bernard Chong, Pengarah Pemasaran Foodpanda berkongsi cara mereka memanfaatkan pengikut REV, dan cara kempen mereka telah berjaya dan menyakinkan.
Bukan itu sahaja, pengiklanan yang hebat dan merancang kempen dengan lancar seterusnya dapat mengaktifkan khalayak merentas kedua-dua inventori digital dan inventori Digital Out-Of-Home (“DOOH”) dengan cara yang lebih berkesan.
“Pada tahun akan datang, kami akan melihat pertumbuhan dalam DOOH, bertukar statik kepada aktif. Ketepatan penonton dalam penyasaran massa mewujudkan komunikasi dan penglibatan sosial”, kata Stephanie Wong, Ketua Pegawai Operasi BIG TREE”
Ketua Pegawai Eksekutif REV, Samuel Wee berkata, “Kami teruja untuk menawarkan kepada pengiklan penyelesaian saluran Omni yang lebih baik yang disokong oleh data”.
REV merancang untuk mengembangkan penawarannya dengan membina data pihak pertama omnichannel yang lebih kukuh dalam kumpulan, dan menggunakan data ini untuk menangani inventori pada DOOH dan banyak lagi yang akan diumumkan.
Jadi tunggu apa lagi! Jom layari REV Ad Manager untuk dapatkan info lanjut mengenai pakej pengiklanan ini.