Dapur

Resipi Nasi Planta & Ayam Masak Merah Macam Kenduri Kahwin, Confirm Sedap!

77
SHARES
nasi planta dan ayam masak merah

Jika kita pergi ke kenduri kahwin, mesti juadah hidangan makanan yang menjadi tumpuan untuk kita kan di samping menyambut hari gembira untuk raja sehari. Menu nasi planta digabungkan lagi dengan ayam masak merah semestinya menjadi pilihan untuk para tetamu.

Menerusi perkongsian Facebook Noriza Awang Hamat, semestinya anda tak sabar untuk buat kerana resipinya mudah dan tidak merumitkan.

Baca juga: Mana Lagi Bagus Untuk Kesihatan, Nasi Putih Atau Gandum? Ini Penjelasan Doktor…

RESIPI MENU KENDURI NASI PLANTA & AYAM MASAK MERAH

NASI PLANTA

Bahan-bahannya:

– 3 cawan beras basmathi – beli online di sini
– 3 sudu besar marjerin (saya guna planta) – beli online di sini
– 3 ½ cawan air
– 1 cawan susu cair – beli online di sini
– 2 kuntum bunga lawang
– 2 batang kulit kayu manis – beli online di sini
– 3 biji buah pelaga
– 2 helai daun pandan
– Garam secukupnya
– 1 kiub stok ayam
– Pewarna kuning

Bahan kisar:

– 6 biji bawang merah
– 3 ulas bawang putih
– Sedikit halia

Bahan hiasan:

– Bawang goreng
– Daun bawang dihiris

Cara masak:

1. Panaskan marjerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan.

AYAM MASAK MERAH

½ ekor ayam (dipotong kecil, dicuci bersih dan digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam, goreng separuh masak)

Bahan untuk di kisar

– 20 biji cili kering (direbus terlebih dahulu) – beli online di sini
– 1 labu bawang besar
– 4 biji bawang merah
– 5 biji bawang putih

Bahan lain:

– Rempah 4 sekawan
– Asam keping
– Sedikit sos cili & sos tomato

Cara masak:

1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga rata kemudian masukkan sos cili, sos tomato, asam keping garam dan gula.

2. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam goreng tadi, kacau sebati. Akhir sekali, tabur daun bawang.

ACAR TIMUN

– 1 batang timun
– 1 batang lobak merah
– 1 biji bawang besar
– 1 biji cili merah
– Sedikit cuka makan
– Garam & gula secukupnya

Cara-caranya:

– Potong dan gaulkan semua bahan. Okay, siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Noriza Awang Hamat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×