Dapur

Terliurnya Resipi Nasi Ayam Penyet Viral Persis Restoran Indonesia Ini, Mesti Tambah!

“Alamak, kedai nasi ayam penyet kegemaran dah laku keras! Malasnya nak beratur…”

Buat penggemar nasi ayam penyet yang merupakan makanan berasal dari negara seberang Indonesia ini, pastinya inilah situasi yang sering dihadapi. Agak sukar untuk kita menjumpai kedai yang menjual nasi ayam penyet yang mempunyai rasa yang pedas dan secukup rasa. Bila sudah ada yang digemari, makin viral dan menjadi tumpuan orang ramai pula maka perlulah beratur dengan panjang untuk menjamu selera.

Oleh itu, apa kata anda cuba buat sendiri nasi ayam penyet yang persis restoran Indonesia dan yang paling seronok sekali adalah anda boleh tambah berpinggan-pinggan. Barulah puas nak makan dan tak perlu beratur lagi!

Nasi ayam penyet homemade

Alhamdulillah sedap.. First time buat… Rupanya renyah juga membuatnya.. Nampak macam senang kan.. Renyah untuk siapkan bahan2 ayam dan sambal je. Tapi berbaloi, untuk resepinya.. Mas share disini…

Cara- caranya

1. Kisar 4 biji bawang merah + sedikit halia + sedikit lengkuas dan sedikit kunyit.. (Untuk seekor ayam saiz kecil ye) .. Tumis dengan serai diketuk dan daun Salam atau daun Bay . Bila dah naik bau wangi, masukkan ayam dan tuang air. Agak-agak ayam tenggelam. Masukkan juga garam dan kiub ayam. Masak hingga nampak ayam masak elok.

2. Sementara tu, buat bancuhan tepung… 1 cawan tepung beras + 1 sudu kecil baking powder + 1 sudu kecil jintan manis ditumbuk + 1 sudu kecil jintan putih ditumbuk + 1 sudu kecil serbuk kunyit + garam secukup rasa + kiub ayam dan sedikit lada hitam yang ditumbuk. Kacau sebati, agak-agak bancuhan tu nampak macam santan pekat.

3. Bila ayam dah masak elok.. Angkat, toskan dan celup kedalam bancuhan tepung tadi dan goreng garing. Angkat… Ambil anak batu dan lenyek-lenyekkan.

4. Celupkan juga tauhu dan tempe yang dipotong-potong dan goreng garing.

5. Dah siap. Boleh susun di pinggan.. Nasi, ayam penyet, tempe dan tauhu yang digoreng, kobis mentah dan kacang panjang mentah yang dipotong-potong dan sambal ayam penyet. Siap dihidangkan.

Resipi Sambal ayam penyet

1. Goreng ikan bilis, dah garing ketepikan

2. Minyak agak-agak ye tak payah banyak sangat, goreng sampai layu bawang merah + baru masukkan cili padi dan cili besar merah yang dipatahkan dua, juga masukkan tomato yang dipotong empat. Masak sampai nampak tomato layu. Angkat kesemuanya.

3. Masukkan bahan-bahan goreng tadi dan belacan yang telah di bakar ( kalau tak bakar pun ok belacan tu) ke dalam blend, tuang juga minyak gorengan tadi.. Blend kasar. sekejap saja.

4.  Tuang semula ke dalam kuali tadi..

5. Masukkan juga gula, garam dan jus limau secukup rasa.. Juga sedikit gula melaka. Masak hingga nampak pecah minyak.. Siap!

Sumber : Mashitah Mas  

Most Popular

To Top