Dapur

Resipi Whipping Cream Homemade Setaraf Kedai Pastri, 5 Minit Dah Siap!

3.4K
SHARES
resipi whipping cream

Buat anda yang merupakan penggemar manisan seperti kek, pastinya turut menggemari hiasan yang wajib ada di atas kek iaitu whipping cream. Disebabkan harganya di pasaran agak mahal, ramai dalam kalangan penggemar dan pembuat kek mengambil inisiatif untuk membuat whipping cream secara sendiri di rumah. Tapi, mesti tak menjadi kan?

Jangan risau, sekarang anda dah boleh buat whipping cream secara homemade dan pastinya menjadi dengan resipi yang dikongsikan ini.

Whipping Cream Homemade

Siapa niaga kek mesti tau whipping cream, dan mesti tau benda ni wajib ada standby. Lebih-lebih lagi yang jual cheesecake leleh. Alkisah sis ni, masa agak terhad untuk keluar cari bakery supplies nak buat niaga, tapi nak jugak berniaga untuk lepaskan niat sis, berniaga sambil bersedekah. Sambil-sambil nak cut cost, whipping cream kam mahal.. maka gigih la cari resepi untuk buat whipping cream sendiri di rumah.. Dan terhasil laa, tadaaaa.. Whipping cream homemade.. Jimat pun jimat, sedap pun sedap (bagi sis la) resepi sis sertakan di bawah dan jugak ada di setiap gambar .

Bahan-bahan

1 sdb ovalette
5 sdb susu pekat
4 sdb susu powder (tak kisah brand apa, sis pakai fernleaf family )
3 sdb gula (boleh kurangkan klu tak suka manis)
1 bekas ais batu (pastikan daalm ketulan kecil-kecil, senang nak mix)
Mixer (pakai blender sis tak pernah try, klu nak try boleh je, tapi kalau blender korang rosak, jangan marah sis plak)

Cara-cara

1.Masukkan semua bahan dalam 1 bekas, pastikan bekas besar ye, jgn pakai mangkuk cenonett.. Nanti whipping cream kembang semangkuk, panik pulak korg.

2.Gaul rata semua bahan-bahan, bagi sebati dulu. Then baru mix, pakai mixer.. 1 minit pertama, guna kelajuan paling rendah.. Alasannya, nnti ais batu terkeluar dari bekas korang, habis bersepah nnti. So, kawal excited tu sikit.

3.Minit ke-2, boleh tingkatkan kelajuan, sederhana dalam 3 minit.. Mix je sampai tak nampak ais batu tu.. Masa ni korang akan nampak adunan ni dah berupa cream yang kembang semangkuk.

4.Bila ais batu dah takda (boleh dengar bunyi ais masa tengah mix tu) boleh tingkatkan kelajuan mixer ke maksimum, mix dalam 2 minit sahaja, jangan overbeat yaaaa.. Then, siap la whipping cream korang.

Whipping cream homemade

Posted by Soleh Fattah on Saturday, 16 March 2019

Masa penyediaan: 5-6 minit sahaja!

Sumber : Soleh Fattah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×