Dapur

Resipi Ayam Goreng ‘Homemade’ Ala KFC, Sesuai Untuk Anak Yang Tak Makan Pedas

201
SHARES

Setiap kali tanya anak nak makan apa, mesti yang dijawabnya nak makan ayam goreng. Kalau boleh 24 jam nak makan ayam goreng yang digemari. Tetapi, si ibu jangan risau dan pening kepala lagi nak beli ayang goreng di luar kerana anda dah bole masak ayam goreng ala-ala KFC dah di rumah tau! Bukan itu sahaja, ayam KFC homemade ini juga kurang pedas jadi sangat sesuai untuk anak-anak kita.

RESEPI AYAM GORENG KFC ‘SIMPLE’ VERSI HOMEMADE.

www.chefsteps.com

(Sesuai untuk anak-anak tak suka pedas)

Zaman ekonomi yang serba mencabar ni, elok sangatlah buat je ayam goreng KFC kat rumah demi memenuhi selera anak-anak tu. So, meh Cik Kim share paling senang nak buat tapi insyaAllah anak-anak suka!

giphy.com

Masa perapan: 20-30 minit
Masa goreng: 15 minit (sehingga ayam masak)

Bahan-bahan& Bahan perapan

1. Setengah ekor ayam (potong berapa ikut suka)
2. Serbuk kunyit
3. Garam
4. Sedikit serbuk kari (ikan/ayam)
5. 1 sudu cuka/ limau nipis (Ayam juicy di dalam, rangup di luar)
Optional (Nak lagi sedap)
1. Bawang merah, bawang putih kisar
2. Cili flakes
3. Lada sulah/hitam
4. Perasa (kiub knor,etc)

www.facebook.com/kimiey.hanafi

Bahan menggoreng

1. Tepung gandum
2. Tepung jagung/beras
3. Telur (dipukul)
4. 1 sudu Soda bikarbonat
5. Minyak secukupnya (Deep Fry)

www.facebook.com/kimiey.hanafi

Cara-Cara

1. Perapkan ayam sekejap atau semalaman dengan bahan perapan
2. Gaul tepung (tepung gandum + jagung + soda bikarbonat)
3. Ayam diperap kemudian digolek dengan telur dan kemudian tepung hingga melekat rata.
4. Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas.
5. Masukkan ayam dan goreng (Deep Fry, minyak tenggelam)
6. Kawal api, goreng sehingga kekuningan
7. Angkat, TOSKAN. SIAP!

Boleh video panduan di sini :

www.facebook.com/kimiey.hanafi

Tips:

1. Deep fry boleh gunakan kuali atau periuk kecil
2. Panaskan minyak ketika sedang salut ayam dengan tepung
3. Guna api slow bila ayam dah masuk ( supaya ayam masak di dalam). Jangan terlalu slow takut makan minyak.
4. Bila ayam dalam kuali masih berbunyi sedikit bising maknanya air ayam masih ada.
Senang sangat kan. Lepas ni bolehla buat je kat rumah. Jimat banyak tau!

www.facebook.com/kimiey.hanafi

*Wah! Nampak menyelerakan! Anda boleh cuba resipi ayam ini di rumah nanti. Memang ‘confirm’ akan menjadi kegemaran anak dan sangat sesuai untuk si manja yang tak boleh makan pedas tu.

Sumber: Norhakimah Hanafi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×