Dapur

Resipi Ais Krim Buah Yang Sihat Untuk Anak-Anak, Sedap Dimakan Ketika Cuaca Panas!

818
SHARES

Pergilah kemana sahaja dengan anak-anak pastinya akan ada ‘stop’ dimana anak-anak menginginkan ais krim. Tambah pula cuaca di negara kita yang agak panas sejak kebelakangan ini menjadi ais krim sebagai pilihan paling popular dalam kalangan orang dewasa juga. Namun, ramai yang berpendapat bahawa makan aiskrim yang dijual di pasaran adalah agak manis, tidak menyihatkan dan boleh merosakkan gigi anak-anak.

Oleh itu, si ayah ini berkongsikan satu resipi aiskrim buah yang menyihatkan untuk anak-anak. Bukan itu sahaja, salah satu bahan yang digunakan adalah madu dimana sangat bagus sebagai pemanis semulajadi!

CARA BUAT AISKRIM BUAH SIHAT DAN SEDAP

Cuaca panas sekarang, jadi saya nak kongsi satu lagi resepi #BuatSendiriAiskrimRingkas saya. Yang penting aiskrim ini menyihatkan.

Bahan-bahan

a) Limau (nipis/kasturi/lemon)
b) Madu
c) Air masak
d) Buah-buahan

Langkah 1

-Dalam jag berisi air kosong, masukkan madu dan perahan limau secukup rasa. Kacau biar madu larut dalam air. Saya guna campuran limau nipis dan limau kasturi, secukup rasa, supaya air/aiskrim nanti rasa masam manis yang best.

Jadikan aktiviti bersama anak- anak: anak-anak tolong kacaukan air. Jika termasukkan biji limau, buang/tapis ye.

Langkah 2

-Masukkan buah kesukaan kita ke dalam bekas aiskrim. Tak perlu susun pun, masukkan saja. Campurlah buah apa pun tak apa. Saya guna kiwi dan strawberi saja (buah ini saja ada dalam peti sejuk rumah, saya buat malam selepas balik kerja).

Kalau tak nak guna ice cream mould, boleh guna plastik aiskrim pun menarik juga. Jadi aiskrim Malaysia kan. Jadikan aktiviti bersama anak-anak: Ibu ayah potong buah, anak-anak tolong susun/letak buah.

Langkah 3

-Masukkan air madu limau ke dalam bekas aiskrim kita. Sejuk bekukan semalaman.

Siang (esoknya), lepas anak-anak balik sekolah, boleh makan! Best! Anak-anak makan banyak pun kita sebagai ibu bapa tak risau sangat, sebab aiskrim yang menyihatkan. Bukan macam aiskrim yang dijual di kedai.

*Nampak menyelerakan!

Sumber : Syahr Musafir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×