Ubi kayu merupakan makanan kegemaran orang dahulu kerana mudah dan murah untuk mendapatkannya. Kebiasaanya ubi kayu akan direbus terlebih dahulu dan disaijikan bersama gula atau kelapa parut. Memang sedap dan mengenyangkan.
Antara resepi lain boleh dicuba ialah ubi rebus goreng berempah seperti perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan. Menurutnya, juadah itu sering dihidangkan oleh ibu tersayang buat mereka sekeluarga kerana menjadi kegemaran ramai. Jom cuba buat.. Nampak sedap!
Baca juga: Resepi Baked Potato Macam Di Hotel, Cheese Leleh & Berlemak!
RESEPI UBI REBUS GORENG BEREMPAH, PERAP DULU!
Dekat rumah mak saya, kalau dia kata “Long, ada ubi goreng dekat dapur! Jamahlah sikit.” maknanya ada ubi rebus yang diperap rempah dan kemudiannya digoreng. Pernah cuba? Nak tahu resepi dia?
Ubi Rebus Goreng Berempah by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: 4-6 orang makan
- 2 batang ubi (macam dalam gambar)
- 6 biji bawang merah ros
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
– Di Johor benda ini dipanggil ubi, singkatan kepada ubi kayu. Tempat lain, mungkin ubi tu merujuk kepada ubi kentang. Jangan silap. OK, kupas kulit ubi kayu dan potong lebih kurang 4 inci.
– Sementara tubggu ubi empuk, kita sediakan perapan yang digunakan untuk beri rasa lebih nikmat kepada ubi kita nanti. Hiris bawang merah ros dan bawang putih. Biji ketumbar kita tumbuk!
– Tumbuk pakai lesung. Letak garam secubit dua. Serbuk kunyit masuk sekali! Mohon jangan gunakan serbuk ketumbar, kerana ubi kita akan jadi gelap. Tak cantik.
– Sebab ubi rebus lebih menyerap rempah. Ubi rebus tu kita tos, rehatkan sekejap biar sejuk dan dipotong 4. Jangan kecil sangat. Ubi ni dah empuk kalau potong kecil, nanti dia mudah berderai.
– Kemudian, campurkan bawang merah, bawang putih dan bumbu tumbuk tadi ke atas ubi. Kemudian, gaulkan semua bahan ni dengan tangan. Biar tangan kuning tak apa. Jangan otak kuning.
– Bolehlah ni. OK biar ubi ni diperap dalam 10-20 minit. Biar ubi serap sikit rasa rempah tu. Sebenarnya, kalau kau orang nak ubi ni pedas pun boleh. Letak serbuk cili sikit.
– Dah perap, maka masa untuk menggoreng! Gunakan api yang kuat. Goreng sampai ubi jadi keemasan, dan bawang jadi rangup! Oleh kerana ubi ni dah rebus, tak risau dia keras.
– Lebih kurang macam ni! Saya jamin, luar rangup, tapi dalam empuk berlemak. Siap ada bau harum bawang goreng dan ketumbar. Peh! Jap kita hidang jap!
– Itu dia! Tengok bawang goreng tu! Itu pelaris tu. Kadang-kadang berebut dengan orang rumah! Tak percaya? Cubalah buat dulu!