Dapur

Resepi Sambal Telur Pecah 3 Rasa. Menu ‘Penyelamat’ Paling Simple Tapi Sedap!

216
SHARES

Kadang tu kalau risau nak masak apa, bolehlah cuba resepi penyelamat ni… Nampak simple je kan, tapi sedap dan berpotensi buat kita makan bertambah tau.

Di sini kami kongsikan resepi sambal telur pecah 3 rasa hasil olahan oleh Liza Idris.

Confirm terliur dan terus rasa nak buat esok!

RESEPI SAMBAL TELUR PECAH 3 RASA

Nah, menu sahur simple “Telur Pecah Sambal 3 Rasa”.

Boleh masak untuk sahur esok.

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji bawang besar.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 3 biji telur ayam.
  • 3 sudu cili kering.
  • 1 sudu besar sos tiram.
  • 1 sudu besar sos cili.
  • 1 sudu besar sos tomato.
  • 1 cawan air.
  • Sedikit daun bawang jika ada.

resepi sambal telur pecah

CARA-CARA

Cara masak ada pada setiap gambar.

Jom kita mulakan.

1. Tumis 

Mula-mula panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih yang dihiris halus.

resepi sambal telur pecah

2. Masukkan cili 

Bila dah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering.

Tumis lagi sampai pecah minyak.

resepi sambal telur

3. Masukkan sos

Masuk pula 3 beradik sos tiram, tomato dan cili. Kacau sama rata. Hidup mesti adil.

resepi sambal telur

Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Barulah masakan jadi sedap.

resepi sambal telur

4. Bubuh sedikit air

Masuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat.

5. Perasakan

Rasala sikit, kalau ada yang kurang boleh tambah gula dan garam.

resepi sambal telur

6. Pecah Telur

Rasa kuah dah sempoi, pecah je telur macam saya buat tu.

resepi sambal telur pecah

7. Taburkan Daun Sup

Tabur daun sup kalau ada dalam peti ais. Tak letak pun sedap je.

Saja la serabutkan dalam kuali tu.

resepi sambal telur pecah

Kita biarkan dulu sekejap sebab tak nak telur tu pecah. Ada yang suka pecah bolehlah kacau.

8. Terbalikkan

Terbalikkan telur tu kalau nak bagi masak sama rata.

Resepi telur pecah 3 rasa

Agak-agak dah masak, bolehlah tutup api.

SIAP!

Baca juga: Resepi Ayam Bakar Paling Simple & Sedap Sangat. Ala-ala Dominos Gitu!

Mudah & Sedap… Mesti Cuba!

Mudah sangat kan resepi Sambal Telur Pecah 3 Rasa ni… Nampak pun sedap sangat walaupun amat mudah nak sediakan.

Bahan-bahan pun sikit je.

Jadi, lepas ni tak perlu risau kalau ada sedikit bahan di rumah, tetap boleh buat lauk yang sedap.

Silap-silap boleh buat bertambah nasi 2-3 pinggan…

Rugi tak cuba tau!

(Kredit resepi: Liza Idris)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×