Kalau agak-agak dah tak tahu nak masak apa untuk minum petang, apa kata cuba resepi tauhu sumbat ayam yang sangat simple ni.
Rangup di luar, sedap dan lembut di dalam. Cara nak buat pun senang sangat.
Lain daripada lain, sebab selalu buat tauhu sumbat biasa yang ada sayur tu je kan?
Jadi, jom kita tengok resepi tauhu sumbat ayam oleh Puan Fairus Fatimah ini.
Memang padu sangat katanya, rugi tak cuba!
Resepi Tauhu Sumbat Ayam Simple & Sedap
Bahan-bahan
- Tauhu goreng 20 biji dipotong 2
- Isi ayam 500gm potong kecil
- Lada sulah yang serbuk 3 sudu besar
- Cili api 10 biji potong 2
- Lada besar merah 3 biji potong kecil
- Bawang putih ketuk je
- Bawang besar potong dadu
- Bawang goreng
- Daun bawang potong kecil
- Daun sup potong kecil
- Minyak masak
- Telur
- Garam secukup rasa
- Kiub ayam 1pcs
Cara-cara
1. Keluarkan Isi Tauhu
Keluarkan isi tauhu yang dah di belah dan asingkan di tepi.
Isi tauhu tu kita lenyek-lenyekkan.
2. Masak Inti
Panas kan minyak sedikit dalam 1 senduk kecil.
Tumis bawang putih dan bawang besar sampai wangi.
Bila dah wangi masukkan ayam sehingga masak.
Nampak ayam dah masak, bolehlah masukkan lada sulah, garam kiub ayam cili api, cili besar, dan masukkan isi tauhu.
Gaul sekata.
Goreng sampai garing.
Bila dah tutup api, masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
3. Bubuh Inti Dalam Tauhu
Lepas dah siap intinya tadi, sumbat semula dalam tauhu.
Ikut kitalah nak banyak mana, agak-agak tak sikit sangat, tak penuh sangat.
4. Goreng
Akhir sekali gorenglah dalam minyak panas.
Salutkan dengan telur dulu sebelum goreng supaya semua bahan terletak elok dan melekat cantik dalam kuali.
Siap!
Bila dah keemasan warnanya bolehlah kita angkat dan toskan untuk buang lebihan minyak.
Beginilah rupa bila dah siap tu…
Cara buat resepi tauhu sumbat ayam ni lebih kurang macam tauhu begedil juga kan?
Cumanya kita guna ayam saja sebagai inti. Kalau nak tambah bahan lain pun terpulanglah ikut citarasa masing-masing ya.
Selamat mencuba!
*Resepi tauhu sumbat ayam ini dikongsikan oleh Puan Fairus Fatimah menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni. Sebarang pertanyaa dan maklumat lanjut tentang resepi, sila rujuk post asal beliau di SINI.