Dapur

Senang & Super Jimat. Ini Cara Buat Mushroom Soup & Garlic Bread Ala Pizza Hut

12.8K
SHARES

“Nak makan apa ya hari ni… Bosanlah hari-hari menu yang lebih kurang sama je. Apa resepi yang ‘simple’ tapi sedap ya?”

Sesekali mesti rasa nak ubah selera dan makan makanan yang lain sedikit berbanding hari-hari biasa. Tapi bila difikirkan, satu hal pula nak mencarinya di luar. Sebab itulah kami nak kongsikan sebuah resipi yang cukup mudah tapi mesti ramai yang suka. Tak kiralah sama ada anak-anak kecil mahupun orang dewasa, ia memang menjadi kegemaran ramai.

Resepi yang dimaksudkan adalah sup cendawan (mushroom soup) dan roti bawang putih (garlic bread). Sebut tentang 2 makanan ini, mesti ramai yang terbayangkan Pizza Hut. Sebenarnya, kedua-dua jenis makanan ini amat mudah disediakan sendiri di rumah. Tak percaya? Mari kita ikuti perkongsian resepi istimewa daripada Puan Yatie Yusof ini.

Cara Buat Mushroom Soup Dan Garlic Bread Ala Pizza Hut

Menurut Puan Yatie, inilah permintaan anak-anaknya yang demam apabila tak lalu makan nasi. Walaupun nampak simple dan ringkas, tapi tetap menyelerakan.

Resepi Mushroom Soup Ala Pizza Hut

Pertama sekali, mari kita lihat cara membuat mushroom soup atau sup cendawan. Bahan-bahannya adalah seperti yang disenaraikan di bawah.

Bahan-bahan

  • 300ml air
  • 500ml susu segar
  • 1-2 kiub ayam
  • 1/2 sudu teh daun parsley
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu besar mentega
  • 1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)
  • sedikit serbuk perasa

Cara-cara

1. Tuangkan air dan susu ke dalam periuk. Tunggu hingga mendidih, dan kemudian barulah masukkan kiub ayam.

2. Kacau 2-3 minit dan masukkan pula lada hitam dan cendawan butang. Kacau lagi selama lebih kurang 15 minit.

3. Seterusnya, masukkan daun parsley, mentega, dan garam. Kacau lagi dalam 10 minit.

4. Bancuhkan tepung dengan air dan kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapiskan ke dalam periuk.

5. Kacau sebati. Reneh agak lama supaya semua bahan dapat masak dengan elok. Sup akan menjadi pekat. Siap!

Resepi Garlic Bread Ala Pizza Hut

Baiklah, sup cendawan dah siap. Sekarang, kita buat pula garlic bread untuk dimakan bersamanya.

Bahan-bahan

  • Roti Perancis – hiris (Saya guna roti Gardenia)
  • 2 sudu besar mentega
  • Secubit daun parsley / oregano / mixed herbs
  • 1 ulas bawang putih – bakar sekejap dan tumbuk halus

Cara-cara

1. Mula-mula, bakar sedikit bawang putih dan tumbukkan halus-halus.

2. Selepas itu, campurkan bawang putih yang telah lumat dengan mentega dan daun parsley.

3. Sapukan pes ini ke atas roti anda.

4. Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan. Siap untuk dihidangkan.

Walaupun Mudah, Tetap Membuka Selera

Wah, rupanya tak susah pun nak membuat mushroom soup dan garlic bread sendiri di rumah. Lepas ini, tak perlulah beli lagi di luar. Boleh juga berjimat. Bahan yang diperlukan pun tidaklah begitu banyak.

Kalau nak lebih sihat, gunakan stok buatan sendiri dan elak menggunakan perasa MSG. Cendawan pula boleh ditukarkan kepada cendawan segar. Rasanya tetap sedap dan berkrim.

Sesekali, makanan yang simple beginilah yang dapat membuka selera kita. Jadi, jangan lupa save resepi ini supaya anda boleh mencubanya.

Selamat mencuba ya!

 

*Resepi sup cendawan dan garlic bread ala Pizza Hut ini disumbangkan oleh Puan Yatie Yusof melalui Facebook dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, boleh follow beliau atau rujuk post asal di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×