Asuh

Petua: Minyak Bawang Putih Untuk Legakan Batuk Selsema Anak

1.6K
SHARES
petua minyak bawang putih

“Kasihannya bila baby selsema dan batuk. Seksa nak tidur. Apa petua hilangkan batuk selsema yang berkesan ya?”

Hanya ibu bapa yang akan faham betapa susahnya menguruskan anak kecil yang mengalami batuk dan selsema. Walaupun ia bukanlah penyakit yang begitu serius, tapi ramai ibu bapa yang terpaksa berjaga malam dan kehabisan tenaga dalam proses menanganinya.

Jadi sebagai salah satu ikhtiar, bolehlah cuba petua minyak bawang yang dikongsikan oleh Puan Hanezfarjaz Zulaiqah ini untuk membantu menyembuhkan batuk dan selsema anak kecil.

Mari ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah.

Cara Buat Minyak Bawang Putih Untuk Legakan Batuk Selsema Anak

Sekadar perkongsian bagi yang belum tahu. Yang dah tahu dan dah cuba, alhamdullillah… Saya dah gunakan petua minyak bawang bawang putih ini selama 4 tahun. Sebab anak sulung saya dan nak masuk umur 4 tahun.

Minyak bawang putih ini boleh membantu melegakan selsema dan batuk pada bayi dari usia sebulan sampailah kanak-kanak 4 tahun. Bagi yang belum cuba, jom pakat buat di rumah!

1. Buang Kulit

Pertama sekali, ambil 1-2 ulas bawang putih. Buang kulitnya.

minyak bawang putih

2. Bakar

Seterusnya, bakar di atas dapur gas sampai agak hitam.

petua hilangkan batuk dan selsema bayi

3. Adunkan Dengan Minyak

Lenyekkan bawang putih yang dah dibakar tadi dan masukkan ke dalam botol kosong yang bertutup. Tambahkan sedikit minyak.

Boleh pakai minyak masak, minyak zaitun, minyak kelapa, minyak bijan, atau minyak jenis lain.

petua minyak bawang putih

4. Siap Untuk Disapukan

Kalau anak batuk selsema, sapukan pada batang hidung, dada, dan lehernya selepas mandi. Kesan untuk meresap ambil masa dalam setengah jam juga.

Ulang lagi sapuan selepas satu jam atau setengah jam. Insha Allah anak boleh tidur nyenyak. Selsema dan batuk semakin berkurang tanpa menggunakan ubat.

Nota: Buat yang pertama kali menggunakannya, pastikan cuba dalam kuantiti sedikit dulu untuk melihat keserasiannya dengan bayi. Kalau nampak tiada kesan sampingan, barulah teruskan penggunaannya seperti biasa. Sesetengah bayi mungkin sensitif dan tak tahan.

Semoga Bermanfaat

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ramai ibu-ibu yang mencari ikhtiar buat anak. Ramai yang dah mencubanya dan mengakui keberkesanannya.

Apapun, jika simptom batuk dan selsema berterusan atau bertambah teruk, jangan lupa bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut ya.

 

*Petua minyak bawang putih oleh Puan Hanezfarjaz Zulaiqah ini pertama kalinya dikongsikan melalui Facebook dan post asal tersebut telah mendapat hampir 8,000 perkongsian. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×