Dapur

Resepi Semperit Susu 3 Bahan Je. Simple, Sedap & Cantik Kejadiannya!

350
SHARES
Resepi semperit susu 3 bahan

RESEPI SEMPERIT SUSU 3 BAHAN

Sedar tak sedar, tak sampai beberapa hari lagi dah masuk bulan Ramadhan. Mesti orang dah start fikir nak buat biskut raya kan?

Resepi semperit susu ni memang antara yang paling mudah dan ‘laku keras’ bila tiba musim perayaan.

Bukan saja waktu Hari Raya, nak buat untuk kudap-kudap hari biasa pun boleh je… Nak buat untuk bisnes pun sesuai.

Jadi, tak nak buang masa lagi.

Apa kata jom kita tengok resepi semperit susu 3 bahan oleh Anna B. Samad ni. Memang terpaling simple dan sedap nampak kejadiannya!

Resepi Semperit Susu 3 Bahan

Bahan-bahan

  • Tepung jagung 5 cawan
  • Planta 1 cawan ( boleh guna buttercup 250g )
  • Susu pekat 1 cawan
    ( *semua guna cawan yang sama ya)
  • Pewarna & coklat cip ( optional )

Cara-cara

1. Mula-mula satukan susu pekat dengan planta dulu.

Resepi semperit susu 3 bahan

2. Kacau sebati sampai jadi macam ni.

Resepi semperit susu 3 bahan

3. Lepas tu masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit.

4. Ulu sampai jadi doh.

Pastikan dia dah tak melekat dekat tangan macam ni.

Resepi semperit susu 3 bahan

5. Bubuh pewarna.

Bahagikan kepada 3 bahagian. Titiskan pewarna sikit.

Resepi semperit susu 3 bahan

6. Masukkan dalam acuan / piping macam ni. Campurkan warna tu sikit-sikit dalam tu.

Resepi semperit susu

7. Tekap satu-satu sampailah siap.

Bubuh coklat cip kat atas dia kalau suka.

Resepi semperit susu 3 bahan

8. Bakar 30 – 35minit @ ikut oven masing2-masing .

Saya bakar kat dapur gas, guna oven lama dulu-dulu punya tu je.

Resepi semperit susu 3 bahan

Siap!

Bolehlah untuk kunyah-kunyah depan TV dengan anak-anak.

Simple je kan?

Selamat mencuba!

*Kredit resepi : Anna B. Samad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×