“Wah, memang makin berselera makan sambal nasi kalau ada sambal kicap. Goreng telur sebiji pun boleh bertambah dibuatnya! Rasanya tak susah pun nak buat sambal kicap ni, tapi hari tu pernah buat kenapa rasa dia tak sedap macam ni?”
Ada orang memang suka sambal kicap ni. Rasanya yang pedas-pedas tu buat kita lagi syok nak makan dan cicah dengan macam-macam. Bubuh dengan sup, soto, nasi goreng, mee goreng, ikan bakar. Kalau orang Johor biasanya dia buat cicah dengan pisang goreng sekali. Fuh, memang terangkat!
Nampak macam senang je nak buat sambal kicap ni kan? Tapi kadang-kadang bila kita buat tak dapat pulak rasa macam yang kita inginkan. Kadang-kadang ada yang cair sangat dan sesekali tu dapat pula rasa yang mentah.
Jom kita tengok resepi sambal kicap original Johor yang sedap dan tahan lama, hasil perkongsian Oh Lisa menerusi Facebook.
Resepi Sambal Kicap Tahan Lama Dan Confirm Sedap
Berikut adalah bahan-bahan yang kita perlukan untuk buat sambal kicap. Simple je sebenarnya.
Bahan-bahan
- 1 genggam lada merah
- 1 labu bawang putih
- 2 sudu besar gula
- Secubit garam
- Kicap manis secukupnya
Cara-cara
Ok dah cukup bahan-bahannya, jom kita buat. Senang sangat!
1. Goreng Cili & Bawang Putih
Mula-mula kupas bawang putih dan buangkan tangkai cili.
Lepas tu, gorengkan sekejap dalam minyak panas. Bila kita goreng, taklah rasa mentah. Sambal kicap pun boleh tahan lagi lama.
Tak perlu goreng lama sangat, agak-agak dah masak nampak perang sikit oklah. Macam dalam gambar di bawah ni boleh tengok perbezaan sebelum dan selepas goreng.
2. Campurkan Semua Bahan Lain
Kemudian, masukkan bawang dan cili tadi terus dalam blender. Letakkan gula 2 sudu besar dan secubit garam.
Bubuh sekali kicap secukupnya. Tak kisahlah kicap jenama apa asalkan kicap manis. Saya guna kicap Jalen. Agak-agaklah banyak mana ya. Saya bubuh macam dalam gambar ni.
3. Blender
Akhir sekali blenderkan semua bahan tadi sampai hancur. Dah siaplah sambal kicap kita.
Mudah je kan?
Sedapnya, Boleh Buat Stok Banyak-banyak!
Bila dah siap, simpan dalam bekas bertutup bubuh dalam peti ais. Disebabkan sambal kicap ni tahan lama, bolehlah buat sekali banyak dan buat stok terus dekat rumah. Senang bila nak makan dengan bihun sup, soto atau apa jua hidangan favourite anda.
Kalau tiba-tiba tekak terasa nak makan ikan bakar, perah je limau dekat sambal kicap ni. Settle!
Jadi apa lagi, rugi tak cuba tau. Walaupun simple, tapi cukup membuka selera.
*Resepi sambal kicap tahan lama dan confirm sedap ini dikongsikan oleh Oh Lisa menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak perkongsian, follow FB beliau Oh Lisa dan IG @gerobokbeglisa2.