Dapur

Resepi Sambal Belacan Simple Tapi Padu. Confirm Terliur

209
SHARES

Siapa ‘hantu’ sambal belacan kena cuba resepi sambal belacan yang sangat simple tapi sedap ni oleh saudari Al Ulfah II ini.

Mesti lebih berselera bila nak makan nasi. Makan dengan ikan goreng dan ulam saja pun boleh bertambah dibuatnya.

Baca juga: Cara Goreng Ikan Keli Tak Melekat Di Kuali & Tak Meletup

Jom cuba resepi sambal belacan di bawah ini ya.

Resepi sambal belacan

Resepi Sambal Belacan Simple Tapi Sedap

Bahan-bahan

  • 20 biji cili padi hijau
  • 2 biji cili padi merah (siapa nak lagi pedas boleh lebihkan)
  • 4 biji cili merah besar / hidup (saya potong pendek-pendek dan buang biji) senang nak tumbuk.
  • 1/2 sudu teh gula (jangan banyak…nanti manis kurang sedap)
  • Sedikit garam kasar (jangan byk sebab belacan dh masin. Saya suka masak guna garam kasar. Bila nak masak, cuci dulu garam kasar baru bubuh dalam masakan)
  • Sedikit bahan perasa Ajinomoto jika suka. (Saya tak letak)
  • Sebesar ibu jari belacan (Terpulang pada selera masing-masing ya. Boleh kurang atau lebihkan belacan)
  • Kak guna belacan tumbuk orang kampung buatan Muslim.
  • Hujung camca kecil pes asam jawa Adabi
  • 1/2 biji limau nipis atau 1 biji limau kasturi (perah ambil jusnya)

Resepi sambal belacan

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan (kecuali asam jawa dan limau nipis/ kasturi) dan tumbuk. Saya tumbuk kasar je. Nak guna blender pun boleh.
  2. Kemudian satukan bahan tumbuk dengan Pes asam jawa Adabi, perahan limau kasturi, limau nipis atau lemon kacau sebati.
  3. Siap!

Resepi sambal belacan

Mudah Kan?

Dah siap pun… Bolehlah hidangkan dengan nasi putih dan lauk-pauk.

Boleh buat stok dekat rumah. Makan dengan ikan goreng memang terangkat!

Mudah sangat kan? Confirm tak menyesal.

Selamat mencuba ya.

 

*Resepi sambal belacan simple tapi sedap ini dikongsikan oleh saudari Al Uffah menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula daripada posting asal. Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan sila ajukan di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×