Dapur

Rasa Macam Cotton Candy, Ini Resepi ‘Cloud Bread’ Inti Warna-Warni Anak Mesti Suka

35
SHARES

Apa lagi aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama anak-anak ketika hujung minggu selain keluar berjalan-jalan? Ibu bapa boleh cuba juga aktiviti memasak bersama anak-anak kerana aktiviti sebegini sangat menyeronokkan. Antara menu yang anda boleh cuba dan pastinya anak-anak akan suka adalah ‘cloud bread’. Mempunyai rasa seperti makan mashmallow dan cotton candy, menu ini adsalah sangat unik dan menarik untuk anak-anak. Tengok warna-warni pun dah seronok!

BAHAN-BAHAN CLOUD BREAD

-3 biji putih telur

-1sd besar lemon juice

-Secubit garam halus

-3 sudu gula halus

-1 sudu tepung jagung

-Pewarna makanan

CARA-CARANYA

1. Pukul telur putih dan garam hingga berbusa, kemudian masukkan Lemon juice.

2. Masukkan gula halus

3. Masukkan tepung jagung, putar lagi

4. Letakkan pewarna

5. Bakar pada suhu 150c 25-30 minit

Hasilnya

Posted by Humairah Al-Hamra on Thursday, August 20, 2020

Sumber: Humairah Al-Hamra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×