Resepi Rabokki (Tteokbokki + Ramen)
Peminat drama Korea atau mereka yang selalu berkunjung ke Korea mesti kenal dan familiar dengan masakan ni.
Rabokki atau kombinasi tteobokki dan ramen ini sangat sesuai dijadikan snek minum petang.
Terliur je tengok diorang makan, so kalau kita masak sendiri dapat makan panas-panas. Nak makan kat kedai, entah nya bila dapat!
Nampak sedap kan?
Jom kita tengok resepinya yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli melalui Facebook beliau ini.
Resepi di setiap gambar ya!
Resepi Rabokki (Ramen + Tteokbokki)
Bahan-bahan
- Kiub pati ikan bilis
- Kek beras Korea
- Pes cili Korea (campuran pes Gochujang, serbuk Gochugaru, gula dan kicap)
- Mi segera
- Sosej
- Seaweed / keju (jika suka)
Ni pes gochujang yang boleh dibeli di pasar raya.
Serbuk Gochugaru
Rice cake ni pun boleh beli siap di kedai. Kalau rajin nak buat sendiri pun boleh.
Tengok cara buat dekat sini: ‘Terbang’ Ke Korea Dengan Resipi Ttteokbokki Viral Ini, Kena Cuba Di Rumah!
Cara-cara
1. Rebus air bersama kiub pati ikan bilis sehingga mendidih
2. Masukkan beberapa ketul kek beras korea, biarkan seketika
3. Kemudian tuang semangkuk kecil campuran pes cili korea (resepi & sukatan pes cili saya nyatakan di bawah)
4. Kacau masakan sehingga kuah berwarna merah. Biarkan mendidih selama 5 minit.
Campuran pes cili
Untuk membuat pes cili Korea, campurkan saja bahan-bahan ini dan kacau sebati.
- 2 sudu makan pes Gochujang (Cili peram Korea)
- 1 sudu makan serbuk Gochugaru (Kepingan halus cili kering Korea)
- 1 sudu besar gula putih atau madu
- 3 sudu besar kicap cair
5. Apabila kuah menjadi sedikit pekat, boleh masukkan mi segera 1 paket. Saya belah dua supaya cepat masak.
Tambahkan sosej jika suka.
6. Boleh hidangkan dengan telur rebus dan kepingan rumpai laut.
Sekiranya anda peminat keju, boleh tambah keju ke atas masakan.
Sedia dihidang.
Sesuai disajikan sebagai snek minum petang.
Selalu nampak orang makan dalam K-Drama tu, sesekali kita try jugalah kan?
Sekarang ni dah mudah, semua bahan ni boleh dapat di pasar raya. Beli online pun ada.
Selamat mencuba!