Puding merupakan antara pencuci mulut popular sering dihidangkan ketika perayaan atau menyambut kehadiran tetamu. Ini kerana cara penyediaan dan bahan-bahan diperlukan mudah untuk dicari dan dilakukan.
Jika anda inginkan kelainan, apa kata musim perayaan yang bakal tiba, anda hidangkan puding 3 layer seperti perkongsian Muhammad Ali di laman Facebook. Nak buat untuk berbuka pun apa salahnya. Segar tekak kalau makan makanan manis. Jom tengok resepinya di bawah.
Baca juga: Bapa Kongsi 4 Resepi Mudah Untuk Anak Yang Susah Makan Sahur, Cepat & Ringkas
RESEPI PUDING 3 LAYER KAYANGAN. PAHIT, MANIS & BERLEMAK!
Puding 3 Layer by Mr.Ali. Resepi mudah sangat ni tau! Jomm kita buat.
Bahan- Bahan:
– Loyang 8 inci
1. Layer pertama:
– 8 gram agar- agar tali
– 3 cawan air ( anggaran 750ml)
– 150 gram susu segar untuk dapat effect putih pada layer pertama.
– 60 gram gula
– oreo crumbs ( optional)
2. Layer kedua:
– 8 gram agar- agar tali
– 3 cawan air ( anggaran 750ml)
– 130 gram susu cair
– 40 gram gula
– 50 gram cadbury
– 1 sudu makan serbuk koko
3. Layer ketiga:
– 8 gram agar- agar tali
– 3 cawan air ( anggaran 750ml)
– 100 gram susu cair
– 3 sudu makan serbuk koko
– 150 gram dark chocolate
Cara-cara penyediaan:
1. Layer pertama:
– Letakkan 3 cawan air + 8 gram agar- agar tali. Api sederhana. Biarkan mendidih.
– Dah mendidih masukan 150 gram susu segar + 60 gula.Dah mendidih, tutup api.
– Masukan oreo crumbs bila puding dah suam sikit ( optional). Terpulang nak masuk kan berapa banyak. Dalam resepi ni oreo mmg tak nampak dibahagian tepi. Tapi nampak di bahagian bawah.
– Boleh rujuk gambar. Sebab saya nak bagi putih tu nampak kosong baru cantik dan ngam masuk dengan layer-layer diatas. Kalau nk nampak oreo pada layer, ambil biskut oreo patah kecil dan masukan masa puding dah hampir set. Means dia baru half set.
– Dah masukan dalam layer pertama. Setkan suhu bilik. Jangan risau dia akan set sementara kita buat layer seterusnya.
2. Layer kedua:
– Masukan 3 cawan air + 8 gram agar- agar tali.
-Biarkan mendidih, dan mendidih baru masukan 130 gram susu cair + 40 gram gula + 50 gram cadbury +1 sudu makan serbuk koko.
– Kacau dan biarkan mendidih. Dah mendidih off api dan masukan perlahan-lahan keatas layer pertama yg dah set tadi. Biarkan ianya set suhu bilik sementara buat layer terakhir.
3. Layer ketiga:
– Masukan 3 cawan air + 8 gram agar- agar tali.
-Biarkan mendidih, dan mendidih baru masukan 130 gram susu cair + 40 gram gula + 3 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.
– Dah sebati masukan 150 gram dark chocolate. Bila dan mendidih off api.
– Masukan perlahan-lahan keatas layer kedua tadi.
– Setkan 40 minit suhu bilik baru masukan dalam peti selama 3-4 jam.
– Dah siap boleh deco ikut kreativiti masing-masing. Saya tabur serbuk koko baru cantik.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Muhammad Ali