Dapur

Resepi Portuguese Toast, Manis Berlemak Keju & Boleh ‘Adjust’ Rasa!

28
SHARES

Sarapan pagi amat penting untuk membantu tubuh badan manusia dalam membekalkan tenaga. Kalau tidak bersarapan pagi, maka rutin bekerja akan terganggu mulalah badan rasa lesu. Idea pun kurang nak ada.

Jika anda tidak menggemari makanan sarapan yang berat kerana khuatir kemungkinan berasa mengantuk, apa kata anda cuba sarapan yang ringan ini. Nak buat pun mudah! Resepi ini dikongsikan oleh Puan Ju Zue iaitu Resepi Portuguese Toast yang telah mendapat 2.5k perkongsian setakat ini.

Baca juga: Tips Simpan Buah Petai Boleh Tahan Hingga Berbulan-Bulan, Jimat!

PORTUGUESE TOAST MANIS BERKRIM LEMAK KEJU ‘SO YUMMY’ !

Menu breakfast. Minum petang pun boleh.

Portuguese toast. Selalu kalau nampak Harold’s Bakery suka sangat beli sebab sedap.

Kali ni kita buat sendiri. Rasa creamy yummy-yummy macam tu. Lepas ni buat sendiri je la senang boleh adjust rasa manis apa semua sendiri. 

Edit**

RESEPI PORTUGUESE TOAST BERLEMAK KEJU!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping roti gardenia putih/roti benggali (boleh potong ikut tebal kita nak). *kalau gardenia nipis sikit, ni saya guna roti benggali jual kedai runcit je*
  • 2 keping Cheesedale.
  • Susu segar (sukatan saya main agak-agak je, beli kotak kecik pun dah cukup).
  • Gula (saya guna gula perang).*letak ikut manis kita suka, saya letak dalam satu sudu besar paras-paras je*
  • Sedikit butter dalam satu sudu.

*Bahan-bahan boleh adjust ikut kesukaan, nak manis ke cheese lebih ke.

CARA PENYEDIAANNYA:

1. Masukkan butter, susu, kemudian cheese, gula.

2. Kacau-kacau.

3. Masak atas api yang kecil hingga cair dan pekat (jangan terlalu pekat).

4. Tutup api. Sapu atas roti tadi.

5. Masuk dalam oven. Bakar sampai atas dia macam brown sikit.

8. Anggaran dalam 7-10 minit. Api atas bawah 160. Adjust ikut oven masing-masing.

Siap !

Sumber: Facebook Ju Zue via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×