Dapur

Cara Buat Popia Otak-otak Paling Simple Guna Tuna Dalam Tin. Sedap!

227
SHARES

“Menu apa lagi nak buat untuk minum petang ye. Boringlah asyik makan cucur, roti dengan goreng pisang je… “

Kadang tu teringin nak makan otak-otak macam dekat warung tu kan. Sekali hadap, habis sebakul atas meja tu. Memang sedap otak-otak ni, tapi tak banyak kedai yang jual.

Sekarang ni macam-macam inovasi orang buat kudapan frozen, salah satunya popia otak-otak.

Apa kata kita cuba buat sendiri dekat rumah. Kalau tak ada ikan, boleh je guna tuna dalam tin macam Puan Eka Zahra ni. Menarik dan mudah. Sekali pandang cukup menyelerakan!

Resepi popia otak otak

Jom tengok resipi beliau selengkapnya di bawah.

Resipi Popia Otak-otak Guna Tuna Dalam Tin

Hari ni saya nak share resipi Popia Otak-otak Tuna. Selalu kita sapu tuna dalam sandwich je kan? Kali ni kita olah sikit jadi kudapan panas pulak.

Simple je, boleh buat untuk minum petang nanti. Saya guna ikan tuna dalam tin je sebab mudah dan sedap.

 

Bahan-bahan

  • 1 tin Tuna in Water (buang airnya kemudian ditumbuk hancur)
  • 1 sudu makan santan pekat
  • 1 biji telur ayam dipukul sedikit
  • 2 sudu makan tepung ubi kayu
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya (saya guna Maggi Cukup Rasa)
  • Kulit popia

Contoh jenis Tuna In Water yang saya guna.

Resepi popia otak otak tuna

Ada jugak brand lain boleh cuba kalau jumpa.

Bahan Kisar

  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras (*kalau ada)
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai bahagian putih saja
  • 1 sudu teh rempah kari ikan
  • 2 sudu makan cili kisar (ikut tahap kepedasan)

Cara-cara

1. Kisar Bahan

Mula-mula kisar semua bahan yang disenaraikan.

2. Tumis

Kemudian tumis bahan yang dah dikisar tersebut hingga garing.

Bila dah masak, tutup api dan biarkan sejuk.

3. Gaul Semua Bahan

Seterusnya campurkan tuna, bahan yang dah ditumis, santan, tepung ubi, telur, garam, gula, dan serbuk perasa.

Gaul sebati.

4. Isi Inti Dalam Kulit Popia

Ambil sekeping kulit popia kemudian sudukan inti dan lipat (rujuk gambar).

Oles bahagian hujung dgn bancuhan tepung gandum dan air sebagai pelekat.

Resepi popia otak otak

5. Goreng

Akhir sekali, goreng popia hingga garing keemasan.

Angkat dan toskan atas tisu dapur.

Tadaaa….!

Popia otak-otak tuna kita dah siap untuk dihidang.

Agak-agak dah boring makan tuna dengan roti bolehlah buat popia otak-otak ni. Sedap makan panas-panas. Tengok inti dia tu, padat! Sebab tulah berbaloi buat sendiri dekat rumah. Kadang-kadang yang beli ni inti dia sikit je kan…

Lepas tu kalau ada lebih yang belum goreng, boleh simpan stok frozen. Senang bila-bila terasa nak makan atau nak hidangkan dekat tetamu, terus je goreng.

Mudah dan sedap sangat! Terliur kan?

Jadi apa lagi, jangan lupa cuba di rumah nanti tau. Mesti kejap je licin.

 

*Resipi popia otak-otak ini dikongsikan oleh Puan Eka Zahra menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×