Dapur

Resepi Popia Nestum Paling Simple & Sedap. Rangup Elok Je!

1.1K
SHARES
Resepi popia nestum

Antara kudapan paling simple dan mudah nak buat untuk raya atau kudapan ialah resepi popia nestum ni.

Ia juga antara yang paling laku sekali masa Hari Raya kan?

Bukan budak-budak je suka, yang dewasa pun kalau mengadap ni tak cukup sebalang.

Kalau nak jimat dan makan puas-puas, lebih bagus buat sendiri. Puas hati!

Jom kita cuba resepi popia nestum yang dikongsikan oleh Nur Amirah A Bakar.

RESEPI POPIA NESTUM SIMPLE, SEDAP & RANGUP

Bahan-bahan

  • 1 bungkus kulit popia (50 helai).
  • 1 1/2 cawan Nestum
  • 1/2 cawan susu tepung ATAU boleh guna serbuk Horlicks ikut citarasa masing-masing
  • 1/2 cawan gula ( boleh tambah ikut suka)*
  • Tepung gandum untuk melekatkan kulit- (korang bancuh tepung tue dengan air sebagai gam popia)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit garam – (lebih kurang secunit je nak bagi rasa masin-masin sikit. Kalau tak nak bubuh pun takpe)

Cara-cara

  1. Ambil sekeping kulit popia gulung dengan menggunakan chop stick kalau tak de straw pun boleh kalau tak ada juga guna lidi bunga telur tu.
  2. Kemudian gulung kulit popia tu macam dalam gambar. Bahagian hujung kulit popia tu gamkan dengan bancuhan tepung gandum tu.
  3. Selepas dah siap gulung bolehlah gunting popia tu.
  4. Lepas dah siap gunting baru boleh goreng.
  5. Kalau boleh jangan sampai garing nak ke hitam sangat biar nampak kekuningan nanti bila salut nestum baru nampak cantik.

Resepi popia nestum

Gulung macam ni.

Gam dengan tepung hujung tu.

Resepi popia nestum

Potong serong-serong macam ni. Guna gunting pun boleh.

Resepi popia nestum

Goreng sampai agak garing.

Biarkan kejap. Sementara tu kita buat bahan tabur tu.

Cara Buat Adunan Nestum Tabur

Untuk buat taburan Nestum tu senang je.

Caranya, ambil 2 cawan Nestum + 1 cawan susu tepung + 1 cawan gula + garam = kisar halus dan gebu semua bahan guna blender.

Resepi popia nestum

Lepas tu boleh tabur bagi rata.

Resepi popia nestum

*Kredit: Nur Amirah A Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×