Wah, nampaknya dalam 30 hari lagi nak masuk Ramadhan ni kita nampak macam-macam resepi biskut raya dah mula melintas dekat wall masing-masing!
Terkini, anda boleh cuba resepi semprit mudah menggunakan pelbagai perisa susu pekat dalam tin.
Simple sangat, boleh buat semprit berperisa jagung, bandung, tembikai susu dan sebagainya.
Di sini kami paparkan resepinya yang dikongsikan oleh Lie Ya menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Resepi Semprit Berperisa Paling Mudah Guna Sukatan Cawan
Bahan-bahan:
- 250g Buttercup / Planta
- 1/2 cawan susu Saju Tembikai Susu / Jagung / Bandung
- 4 cawan tepung jagung
- Ceri utk hiasan
Cara Penyediaan:
- Gaul sebati Buttercup dan susu
- Masukkan tepung sikit sedikit
- Uli doh bagi lembut tak melekat
- Tekan guna acuan semperit yang sesuai
- Hiaskan dengan ceri
- Bakar mengikut suhu ketuhar masing-masing
Inilah hasilnya.
Yang hijau ni perisa tembikai susu.
Yang kuning ni perisa jagung.
Yang pink ni perisa bandung.
Yang ni pulak perisa coklat.
Ha, mudah je tak payah bubuh perasa & pewarna lagi bila guna susu pekat Saji ni.
Nampak comel je warna-warni kan?
Mudah je nak buat. So, korang mesti cuba tau.
Jangan lupa save untuk raya nanti.
Insha Allah menjadi dan bahannya pun mudah nak cari.
*Kredit resepi semprit sukatan cawan : Lie Ya