Dapur

Resepi Paprik Sardin, Confirm Tambah Nasi Ketika Sahur!

217
SHARES
resepi paprik sardin

RESEPI PAPRIK SARDIN

Sardin dalam tin merupakan antara makanan yang paling cepat dimasak untuk dihidangkan pada bila-bila masa sahaja. Tambah pula dalam bulan Ramadan ini, sardin dalam tin menjadi pilihan untuk dimakan bersama nasi panas terutamanya ketika bersahur.

Tapi, kalau dah bosan asyik masak sardin dalam tin seperti biasa sahaja, apa kata anda cuba pula resepi sardin masak paprik untuk dijadikan menu sahur. Boleh tambah berpinggan-pinggan nasi!

Resipi Paprik Sardin

resepi paprik sardin

Bahan bahan:

1 tin ikan sardin

1 ulas bawang putih – cincang halus

Sedikit halia – cincang halus

2 ulas bawang merah – cincang halus

1 btg serai – hiris

Cili burung boleh masukkan kalau suka pedas

1 sudu serbuk cili (babas)

1 sudu sos tiram

1 senduk kecik sos cili

Daun limau purut

Limau nipis

Kacang panjang

Carrot

Bunga kobis

CARA MASAK PAPRIK SARDIN

1.Panaskan minyak

2.Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai

paprik sardin

3.Dah garing bawang tambah serbuk cili kemudian terus tambah air supaya tak hangit

4.Tambahkan air dan tumis sampai bawang dan cili pecah minyak

5.Bila dah pecah minyak masukkan sos tiram

6.Sos cili dan tambahkan sedikit air.

7.Bila sos dah pekat elok masukkan bawang besar dan daun limau purut

8.Masukkan ikan sardin beserta kuah skali

9.Tambahkan garam,gula dan pak aji

10.Perah asam limau nipis

11.Masukkan sayur

12.Dah siap. Kalau suka pedas masukkan cili potong.. Rasa dia lagi kawwww!

paprik sardin

Selamat mencuba.

Sumber: Nurbaizura Sani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×