Famili

Resepi Pancake Fluffy Confirm Jadi, Tak Mengecewakan!

184
SHARES
resepi pancake

“Bosan la nak makan nasi lemak hari-hari. Rasa macam nak makan pancake pula, buat pun sedap ni…”

Pancake merupakan antara juadah sarapan yang menjadi kegemaran orang Barat. Mana tidaknya kalau kita tengok sahaja dalam filem, pasti akan terliur dengan pancake yang kelihatan gebu dan dimakan bersama mentega dan caramalized sugar. Jadi, ini resepi pancake fluffy yang anda boleh cuba dan sudah pasti tidak akan mengecewakan!

Baca juga: Cara Buat Telur Dadar ‘Crispy’ Macam Di Kedai Tomyam

RESEPI PANCAKE FLUFFY CONFIRM JADI

Banyak-banyak resepi pancake, resepi ni paling sedap dan tak mengecewakan. Makan esok pun lembut lagi.. Resepi ni masuk semua bahan terus dalam blender . Blend smpai licin..

Oles pan dengan minyak kali pertama sahaja ye..pakai pan..jangan pakai kuali, kang jadi nama wokcake bukan pancake. Pakai bahan yang hakak dah bagi siap gambar.. kalau nak betul-betul sedap macam hakak punya.

Bahan-bahan pancake fluffy

-1 biji telur

-⅓ gula @ 67g

-2 sudu makan minyak @ 30ml

-½ cawan susu segar @ 125ml

-Tepung kek blue key/self raising flour 1 cawan @ 125g

-1 sudu teh baking powder

-Sedikit esen vanilla/ vanilla paste/ creamy vanilla

Memang sedap dan gebu kejadian pancake tu!

Sumber: Harry Anna

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×