RESEPI NASI MANDY
Mungkin ramai antara kita yang rasa renyah nak buat nasi mandy dekat rumah.
Yelah, berbanding nasi ayam atau nasi goreng, nasi mandy memerlukan lebih banyak bahan atau rempah.
Tapi sesekali buat di rumah tentu seronok kan dapat tukar selera. Lagipun bahan-bahan tu yang membuatkan nasi mandy tu mempunyai rasa istimewa dan cukup ummpph!
Sesuai sangatlah dibuat untuk majlis-majlis keraian atau sekadar makan ramai-ramai di rumah. Kalau masak sendiri dapat jugalah berjimat.
Jadi, di sini kami kongsikan resepi nasi mandy oleh Nurul Ateekah.
Difahamkan resepi inilah yang digunakan untuk beliau berniaga dan terima tempahan. Sekali pandang memang mantap! Kalau rasa mesti terangkat…
Ok tak nak buang masa lagi, jom tengok perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.
STEP-BY-STEP: Resepi Nasi Mandy Special / Nasi Kabsah (Ayam & Kambing)
Seperti yang saya janjikan, inilah RESEPI NASI MANDY saya setiap kali tempahan.
Tak ada terkurang atau terlebih.
Apa yang saya jual pada customer saya, macam nilah resepinya.
*Saiz hidangan untuk 8-10 orang makan
REMPAH NASI MANDI @ KABSAH
- 2 Sudu Besar Biji Ketumbar
- 1 sudu besar kayu Manis
- 1 sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar buah pelaga
- 1 sudu kecil Bunga cengkih
- 1 biji limau kering
- 1 biji buah pala kering /nutmeg
- 1 helai daun salam/ bayleaves
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara-caranya
- Masukkan kesemua bahan kedalam kuali (tanpa minyak).
- Sangaikan dengan api perlahan selama 10 minit dan sehingga naik bau.
- Masukkan kesemua bahan tadi kedalam tempat pengisar kering/ atau blender kering dan kisar sehingga halus.
- Simpan ke dalam tempat yang bertutup.
- Dah siap stock untuk nasi mandi / kabsah.
Rujuk langkah bergambar di bawah:
BAHAN-BAHAN NASI MANDY
- 4 pot beras basmati
- 1½ pot air x 4 (sebanyak 4 kali diulang) air rebusan kambing / air biasa
- Kambing / ayam
- Minyak sapi 3 sudu besar
- Rempah nasi Mandy 1½ sudu besar
- Bawang besar 1 biji (dipotong dadu @ dihiris)
- Cili hijau 2@3 batang
- Bawang putih 10 ulas
- Bayleaves / daun salam 1@2 keping
- Limau kering 1 biji
- Kayu Manis 1 batang
- Bunga cengkih 2biji
- Buah pelaga 2 biji
- Akar daun ketumbar (2 pokok)
- 1 kiub ayam@daging
BAHAN HIASAN NASI
- Daun ketumbar
- Kismis
- Bawang goreng
- Kacang gajus/ badam
CARA MEMASAK NASI MANDY
- Rendam beras basmathi selama 20-30 minit dan toskan.
- Sediakan kuali atau periuk besar
- Panaskan minyak sapi, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, limau kering, daun salam, cili hijau, bawang putih, bawang merah, kiub ayam@daging dan rempah.
- Masak sehingga naik bau.
- Sediakan rice cooker dan masukkan beras beserta air mengikut sukatan yang betul
(SAYA MENGGUNAKAN 1½ POT AIR REBUSAN SEBANYAK 4 KALI) Jika mahu una air biasa pun boleh. - Perasakan dengan GARAM JIKA PERLU
Masukkan daging kambing yang dimasak sekali dengan kuahnya (pastikan kambingnya empuk)
*JIKA MENGUNAKAN AYAM,AYAMNYA PERLU DIBAKAR,TIDAK PERLU DIMASAK BERSAMA KUAH - Tekan butang periuk nasi, dan biarkan ianya masak sempurna.
- Selepas 10 minit nasi sudah masak, lubangkan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna oren @ kuning (agak2).
- Biarkan seketika dalam 5 minit dan gemburkan nasi perlahan-lahan agar nasinya tidak patah.
- Seterusnya step yang agak menarik, iaitu BAKAR ARANG. Bakar di atas api dapur terlebih dahulu.
- Kemudian, sediakan aluminium foil dan letakkan minyak kedalamnya
- Masukkan arang yang telah dibakar tadi, tutup periuk nasi biarkan ianya diasap selama 5-10 minit.
- Taburkan kacang, kismis, daun ketumbar dan bawang goreng.
- Selesai, angkat nasi dan sedia untuk dihidang.
Masukkan beras.
Dah siap masak bubuh pewarna.
Akhir sekali bubuh arang dan asapkan.
RESEPI PERAPAN AYAM MANDY
Bahan-bahan
- 1 EKOR AYAM
- 1 SUDU BESAR REMPAH MANDY
- 1 SUDU BESAR SERBUK CILI
- ½@HUJUNG SUDU KECIL PEWARNA OREN ATAU KUNING
- GARAM
- SERBUK PERASA
Cara-caranya
- Masukkan semua bahan kedalam bekas,ratakan kesemuanya..Dan sapukan kepada ayam.(sapu rata Dan biarkan ianya paling kurang 1@2 jam
- Panaskan oven, bakar pada suhu 220c. (25-40 minit)
- Apabila ayam sudah masak, minyak ayam jangan dibuang. Taburkan pada nasi yang telah dimasak didalam rice cooker (jika mahu).
RESEPI SUP/KUAH NASI MANDY
Bahan-bahan
- ½ biji bawang besar (dihiris)
- 6 ulas bawang putih
- 3 batang cili hijau
- 1 sudu kecil rempah Mandy
- 1 kiub ayam
- Garam (jika perlu)
Cara-caranya
- Panaskan minyak, tumiskan ½ biji bawang besar (dihiris), 6 ulas bawang putih, 3 batang cili hijau, 1 sudu kecil rempah Mandy,1 kiub ayam, sedikit garam (jika perlu)
- Masak sehingga mendidih dan secukup rasa (masukkan sedikit kunyit jika perlu)
- Boleh letak kentang atau lobak merah (jika mahu)
CARA MEMBUAT SOS SALATA
Bahan-bahan
- 4 biji besar Tomato
- 5 biji Cili hijau
- 2 ulas Bawang putih
- 2 sudu besar Daun Ketumbar (dihiris)
- 1 sudu besar Jus Lemon
- 5@6 sudu besar air masak(jika perlu)
Cara-cara
- Potong ikut saiz untuk kisar.
- Kisar semua bahan sehingga hancur
- Letak kedalam mangkuk, siap untuk dihidang.
CARA PENYEDIAAN SAYUR
Bahan-bahan
- Bawang besar 1 biji dipotong dadu
- Tomato 1 biji dipotong dadu
- Timun 1 biji dipotong dadu
- Lobak merah 1 Biji dipotong dadu
- Hiris Daun ketumbar 1 sudu besar
Cara-caranya
Gaulkan kesemua bahan dan letak kedalam mangkuk, siap untuk dihidang.
Dah siap inilah hasilnya…
Nasi mandy ayam yang dihidangkan bersama sos dan sayuran.
Nasi mandy kambing.
Selamat mencuba!
[Baca juga: Resepi Sup Tulang Ala Thai Simple Tapi Power Macam Kedai Siam. Masam-masam Pedas Gitu]
*Kredit resepi: Nurul Ateekah via Masak Apa Hari Ni (MAHN)