Dapur

Resepi Nasi Ayam Mandy Paling Simple Wangi Semerbak, Sambal Pun Sedap!

5.7K
SHARES
Resepi nasi ayam mandy

Resepi nasi mandy / nasi mandi atau chicken mandy semakin mendapat tempat di Malaysia.

Nasi ayam mandy yang berasal dari Yaman / merupakan salah satu hidangan nasi arab yang mengkombinasikan nasi dan ayam dengan pelbagai rempah ratus dari Arab.

Menurut sumber, resepi nasi mandy yang menyebabkan ianya unik adalah cara masakannya di dalam tandoor (iaitu sebuah ketuhar khas tanah liat berbentuk silinder).

Berbanding nasi kabsah, warnanya lebih cerah kekuningan.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan resepi nasi ayam mandy simple oleh Norfaryana Nazari yang boleh dicuba oleh anda di rumah.

Resepi nasi ayam mandy

Resepi Nasi Ayam Mandy Paling Simple & Sedap

A. Untuk Ayam

Bahan-bahan

  • Ayam 1/2 ekor
  • 1 Kiub pati ayam
  • 1/2 sudu jintan manis
  • 1/2 sudu ketumbar
  • 1/2 sudu biji lada hitam
  • 1 biji bawang besar potong 4
  • 1 batang cili hijau/merah potong 2
  • 1 biji tomato potong 4
  • sesudu garam

Cara Memasak Ayam

  1. Rebus ayam selama 30 minit bersama semua bahan di atas.
  2. Ketepikan ayam dan letak dalam bekas berasingan.
  3. *Simpan air rebusan ayam – sebahagian air rebusan akan digunakan untuk memasak nasi dan sebahagian lagi untuk sup.
  4. Lumurkan kunyit dan kicap manis pada ayam dan perapkan sekejap.
  5. Lepas tu boleh bakar / panggang sekejap hingga warna keperangan.

B. Untuk Nasi

Bahan-bahan

  • Beras basmathi 3 cawan
  • 1 sudu Planta*
  • Daun kari (jika ada)*
  • 1/2 sudu jintan manis*
  • 1/2 sudu biji ketumbar*
  • 1 batang kulit kayu manis*
  • Air rebusan ayam (yang direbus tadi)
  • Pewarna merah / kuning

Cara Memasak Nasi

  1. Mula-mula rendamkan beras basmathi untuk lebih kurang 30 minit.
  2. Seterusnya tumiskan bahan-bahan bertanda * dalam senarai di atas.
  3. Setelah naik bau, masukkan beras yang direndam dan gaulkan sekitar 1 minit. Lepas tu boleh transfer ke dalam periuk nasi.
  4. Tambahkan air rebusan ayam ikut paras masak nasi yang sesuai.
  5. Masukkan sekali tulang-tulang ayam (kaki dan leher) bersama bahan-bahan dalam sup yang direbus tadi seperti tomato, bawang, lada dan lain-lain.
  6. Masak nasi macam biasa.
  7. Bila nasi dah masak, buka penutup dan titiskan sedikit pewarna kuning dan merah. Gemburkan guna garfu.
  8. Taburkan daun sup / ketumbar.

[Baca juga : Resepi Nasi Arab Simple Tapi Sedap Sangat. Guna Beras Biasa Pun Jadi! ]

C. Untuk Acar

Bahan-bahan

  • 4 biji tomato dipotong dadu
  • Timun dihiris halus
  • Kobis dihiris halus
  • Carrot dihiris halus
  • Perahan lemon
  • Garam
  • Gula

Cara-cara

Campurkan semua bahan dan gaul sebati.

D. Untuk Sambal

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • 1 biji tomato dihiris halus
  • 2 biji tomato saiz sederhana*
  • 2 batang cili besar*
  • 10 batang cili padi*
  • Garam*
  • Gula*
  • Perahan air asam jawa / lemon*

Cara-cara

  1. Kisar semua bahan bertanda * dalam senarai di atas.
  2. Hiris halus bawang besar dan tomato.
  3. Gaulkan bersama semua bahan hingga sebati.

[Baca juga : Resepi Sambal Kicap Power! Boleh Tahan Lama & Tetap Sedap ]

Siap Untuk Dihidang

Ok, bila dah siap beginilah hasilnya… Memang wangi sebab guna macam-macam rempah tadi.

Resepi nasi ayam mandy

Sekali pandang memang boleh terliur dibuatnya!

Itulah antara keunikan hidangan Timur Tengah yang memang ‘kena’ sangat dengan citarasa rakyat Malaysia.

*Resepi nasi ayam mandy ini dikongsikan oleh  Norfaryana Nazari menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berkaitan resepi nasi ayam mandy ini, sila rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×