Dapur

Resepi Nasi Air Golok Thai Sesedap Macam Di Thailand, Mesti Licin Mangkuk!

12
SHARES

Masakan Thai sudah semestinya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Bagi sahaja apa menu yang berkaitan makanan Thai, pasti akan licin pinggan atau mangkuk kerana rasanya yang sangat enak. Selain tomyam, ada lagi satu menu yang menarik perhatian orang ramai iaitu nasi air. Sebenarnya nasi air ini adalah bubur nasi, tetapi di Thailand nasi bubur ini turut dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu supaya mempunyai rasa yang berbeza dari nasi bubur biasa.

Jom kita tengok resepinya supaya dapat dicuba di rumah!

RESEPI NASI AIR GOLOK THAI

Disebabkan teringin maka jadi lah nasi air thai or nasi air golok. Tak pasti yang mana satu namanya. Biasa time balik kampung beli je orang thai sendiri yang jual. Kali ni try buat sndri…first time buat dan terus jadi. Puas hati sangat buat sampai tambah-tambah kalau suami puji sedap dan makan bertambah-tambah hilang rasa penat kan. 

BAHAN-BAHAN

-Beras nasi air /beras hancur

-Isi ayam

-Serbuk lada merah

-Bawang goreng

-Ikan bilis

-Minyak bawang putih

-Daun sup

-Serbuk lada hitam

-Telur masak separuh

1.Beras tu saya tak sukat pun. Terpulang masing-masing nak buat banyak mana. Air pun agak-agak je.

2.Ayam tu nak rebus sekali dengan nasi or boleh rebus asing. Bila dah jadi nasi air/bubur tambah garam dan gula sikit. Bagi ada rasa je bukan secukup rasa. Sebab nanti nak makan kita campur dengan bahan-bahan lain jadi la secukup rsa. Contoh ikan bilis goreng pun dah masin kan.

-Minyak bawang putih tu saya just goreng bawang putih dalam minyak je..

-Serbuk lada merah tu saya beli siap dekat kampung..boleh jugak beli cili flakes dan blender kering.

-Telur tu buat je telur masak separuh.

Yang lain tu nak buat pun boleh nak beli pun boleh…boleh rujuk gmbr ye. Selamat mencuba!

Sumber: Riyn Nisrien

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×