Dapur

Resepi Laksa ‘Sebijik’ Rasa Macam Di Food Court Aeon, Senang Je Rupanya!

8.8K
SHARES

Setiap kali anda lalu di food court pusat membeli belah Aeon, pasti anda akan hidu bau kelazatan laksa mereka? Ianya antara menu yang menjadi tumpuan ramai orang ketika berkunjung ke Aeon. Selain tergugat dengan baunya yang enak, pasti ramai yang menyukai laksa tersebut kerana kuahnya yang pekat dan sedap itu. Ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli laksa tersebut.

Bagi mereka yang tidak suka beratur panjang hanya untuk membeli laksa anda tidak perlu risau, kerana resepi laksa yang dikongsi oleh Sharifah Zuhaiza melalui laman Facebooknya sama seperti laksa Aeon! Pasti aroma dan rasa laksa yang lebih kurang ini akan puaskan hati anda sebagai penggemar laksa Aeon itu.

RESEPI LAKSA ALA-ALA AEON

Ok gaisss. Aku nak share resepi laksa sama rasa laksa aeon tu. Memang sedap nanges bucu meja punya. Suami aku yang x makan laksa pon makan bertambah. Dahlah senang giler buatnya.

BAHAN

– Sardin 2 tin kecil (1 tin blend, 1 tin lenyek kasar je)

– Pes asam pedas adabi

– Bawang besar

– Bawang holland setengah biji

– Asam keping

– Belacan

– Daun kesum

– Bunga kantan

– Bebola ikan

– Laksa basah

CARA MASAK

1. Blend sardin 1 tin, pes asam pedas, bawang, belacan. (boleh juga nak blend nenas sikit)

2. Campak semua bahan dalam periuk. Bubuh air. Masak ler ikut pekat mana kuah yang kita nak. Jangan lupa buh garam dan gula.

3. Sos/kuah sardin tu bubuh sikit. Kalau suka rasa ikan yang kuat buh semua pon xpe. Tapi better buh sikit2 sampai dapat rasa yang kita suka. Takut bau hanyir.

4. Last sekali buh bebola ikan. Petis udang terpulang nak buh ke x. Nak buh nenas pon boleh. Daun pudina pon boleh. Anak2 aku x makan jadi aku x buh. Olah ikut selera masing2.

5. Taaraa, dah siap. Resepi atas ni untuk 3-4 orang makan ye.

Selamat mencuba!

Sumber : Sharifah Zuhaiza

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×