Dapur

Resepi Laksa Sarawak ‘Padu’, Memang Puas Hirup Kuah Panas-Panas!

16
SHARES

Sebut sahaja tentang laksa, pasti ramai yang mengemarinya. Pelbagai hidangan laksa dari setiap negeri mempunyai gaya dan citarasa tersendiri.

Kalau sebelum ini sering kali mencuba laksa Kedah apa kata kali ini cuba laksa Sarawak pula. Kata orang kalau tak kenal, maka tak cinta. Jadi, cuba sekali pasti mahu lagi. Di sini kami akan kongsikan resepi laksa Sarawak daripada Puan Uwan Nolly Epin.

Baca juga: 4 Menu Diet Sedap Tanpa Perlu Berlapar, ‘Confirm’ Diet Tak Kelaut

RESEPI LAKSA SARAWAK, HARUM SEMERBAK SATU RUMAH!

Bahan-bahan kuah laksa Sarawak:

  • 2 belah dada ayam/isi ayam
  • 200 gram pes laksa Sarawak
  • 250 gram udang
  • 2 liter air
  • 300 ml santan
  • 2 batang serai
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak Kuah untuk laksa Sarawak:

1. Basuh dada ayam bersih-bersih Kemudian rebus sehingga ayam masak dan agak lembut.

2. Setelah msasak keluar dan toskn dada ayam (dah sejuk boleh la dicarik-carik)

3. Dengan menggunakan air rebusan ayam, celur pula udang kedalam rebusan ayam tadi.

4. Rebus kira-kira 1 minit. Selepas satu minit, keluarkan dan toskn udang.

5. Dengan menggunakan stew ayam dan udang lebih awal, masukkan pula serai yang telah ditumbuk ke dalam air masak.

6. Masukkan pes rempah laksa Sarawak dan kiub ayam

7. Masak atas api sederhana sehingga mendidih. Setelah mendidih, tuangkan santan ke dalamnya dan kacau.

8. Reneh dengan api kecil supaya santan tidak pecah minyak.

9. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah mendidih dan masak, matikan api. Kuah untuk Sarawak laksa adalah sedia untuk dihidangkan bersama-sama dengan bahan-bahan lain.

Bahan-bahan untuk Mee:

  • 1 pek vermicelli
  • cukup air

Cara-cara masak vermicelli:

1. Panaskan air di atas api sederhana. Tunggu sehingga mendidih.

2. Jika ia mendidih, masukkan mi vermicelli dan rebus sehingga sedikit lembut.

3. vermicelli biasanya cepat lembut dalam air panas. Jadi jgn rebus terlalu lama Jika mi terlalu direbus, vermicelli boleh musnah dan hancur

Bahan-bahan untuk membuat sambal belacan:

  • 3 tangkai Cili padi
  • 5 batang cili merah
  • 1 inci belacan
  • ½ sudu teh garam / rasa
  • 1 sudu teh gula / rasa
  • 1 biji limau nipis

Cara-cara membuat sambal belacan

1. Sediakan Cili padi, cili merah dan belacan.

2. Kisar bersama-sama sehingga lumat

3. Tambah garam, sedikit gula secukup rasa dan jus limau, kemudian kacau lagi perlahan-lahan hingga sebati.

Bahan-bahan hiasan laksa Sarawak:

  • Ayam yang telah direbus air tadi disiat-siat
  • Udang
  • Telur dadar dipotong nipis
  • Taugeh dicelur
  • Daun ketumbar
  • Limau
  • Sambal belacan

Cara menyediakan Laksa Sarawak:

1. Masukkn meehoon dalam mangkuk dan hiaskn dengan ayam yang dicarik-carik.

2. Susun udang, taugeh, daun ketumbar dan makan bersama sambal belacan dan perahan asam limau.

Sedia untuk dihidangkan. Sedap makan panas-panas sambil menonton Televisyen.

Sumber: Facebook Uwan Nolly Epin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×