Dapur

Resepi Kuih Lopes Ekspres Guna Ketupat Palas / Lemang Instant. Sedap!

887
SHARES
Resepi kuih lopes

RESEPI KUIH LOPES PALING MUDAH, CEPAT DAN SEDAP GUNA KETUPAT PALAS INSTANT

Musim PKP ni mungkin ramai antara kita yang teringin nak makan itu ini, tapi disebabkan pergerakan yang terhad – terpaksalah survive dengan apa yang ada kan?

Untuk yang teringin nak makan kuih lopes panas-panas, apa kata cuba resepi kuih lopes versi ketupat palas instant Nona ni.

Memang simple dan cepat, kejadiannya pun tak memgecewakan walaupun baru first time cuba.

Jom kami kongsikan resepi yang dicuba oleh Nurul Natasya Tasya.

Mudah sangat!

Cara Buat Kuih Lopes Ekspres Guna Ketupat Palas Instant

LANGKAH 1

Ini pek ketupat palas instant yang digunakan. 

Boleh beli di pasar raya, pastikan ambil yang perisa asli ye.

Resepi Kuih Lopes Ekspres Guna Ketupat Palas / Lemang Instant. Sedap!

LANGKAH 2

Mula-mula rendam sekejap dalam 15-20 minit sebelum merebus.

Jangan lupa bubuh pewarna hijau dalam 2 sudu teh.

Resepi kuih lopes

LANGKAH 3

Untuk merebus, saya guna bahan di bawah:

  • 2 liter air 
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 sudu teh garam
  • Pewarna hijau
  • Daun pandan

*Dalam pek tu memang dia ada bagi sekali dengan santan, tapi saya tak pakai sebab tak berapa gemar dengan bau krimernya yang agak kuat dan terlampau wangi. Kalau nak guna boleh yang tu pun boleh, ikut citarasa masing-masing ya

Resepi kuih lopes

Rebus sekitar 40-45 minit.

LANGKAH 4

Toskan dan biar sejuk dulu.

Kemudiam bolehlah potong dan golekkan dengan santan kelapa parut yang telah dikukus.

LANGKAH 5

Sambil tunggu ketupat palas tu sejuk tadi, kita bolehlah buat kuah gula melaka.

Caranya masak gula melaka hingga pekat. Bubuh daun pandan bagi wangi.

Kemudian tapis.

Resepi kuih lopes

Siap!

Inilah hasilnya…

Bolehlah buat minum petang waktu PKP ni kan?

Sedap dan lembut elok je kejadiannya.

Resepi kuih lopes

NOTA:

Kalau tak jumpa ketupat palas, lagi satu option boleh juga guna lemang instant macam dalam gambar di bawah ni.

Baca juga: Resepi Daging Malbari Sedap, Mudah & Special Sangat!

Resepi kuih lopes lemang

Cara nak buat kuih lopes tu sama juga macam di atas.

Cara buat kuih lopes lemang

Inilah hasilnya…

Mudah dan nampak sedap kan?

Selamat mencuba!

*Kredit resepi asal: Nurul Natasya Tasya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×