Dapur

Resepi Daging Malbari Sedap, Mudah & Special Sangat!

Boring asyik makan rendang dan kari, apa kata cuba resepi daging malbari viral yang sedap dan berbeza daripada biasa.

Masyarakat Malabari sebenarnya telah sekian lama menetap di negara ini dan lebih dikenali sebagai India Muslim.

Kalau kita rujuk pada sejarah, masyarakat Malabari berasal dari daerah Kerala dan mereka sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Tanah Melayu dari dahulu lagi.

Pada mulanya mereka telah datang sebagai pedagang, melintasi Lautan India dan Arab menjalin perhubungan akrab dengan Kesultanan Melaka dan juga tanah Arab. 

Masakan mereka juga memang sedap dan ‘kena’ dengan tekak kita di Malaysia dan masyarakat yang berbilang kaum terutamanya orang Melayu.

Menurut tuan punya resepi, inilah resepi wajib masak setiap tahun bila Hari Raya.

Dan memang ramai yang minta kongsikan resepi.

Baca juga: Peniaga Kongsi Cara Simpan Lemang Supaya Tak Cepat Basi. Penting!

Jadi, mestilah sedap tu kan? Insha Allah tak mengecewakan.

So, jom kita cuba!

Resepi Daging Malbari Mudah & Sedap!

Daging Malbari
(Untuk 1 kilo daging )

Bahan kisar

  • Kayu manis – 1 batang kecik
  • Bunga lawang – 3 kuntum
  • Bunga cengkih – 5 kuntum
  • Rempah biji ketumbar – 3 sb
  • Jintan putih – 1 sb
  • Jintan manis – 2 sb
  • Cabai kering – segenggam
  • Bawang merah – 5 ulas
  • Bawang putih – 5 ulas
  • Bawang besar – 2 biji
  • Halia – 2 inci
resepi daging malbari

Inilah rempah yang digunakan.

Semua bahan kisar ini digoreng tanpa minyak (sangai atas kuali) sehingga wangi dengan menggunakan api perlahan.

resepi daging malbari

Kemudian biarkan sejuk dan kisar semua bahan ini.

Bahan-bahan masakan

  • Daging – sekilo potong kecil
  • Kicap manis kipas udang – 1/2 botol (Botol kecil)
  • Kerisik – 3 bungkus
  • Gula merah – seringgit ( masak dengan sedikit air tapis)

Cara-cara memasak

1. Perap Daging

Pertama sekali, masukkan bahan kisar (yang telah disangai tadi) bersama daging.

Masukkan kicap, kacau sebati dan perapkan daging 1 – 2 jam.

resepi daging malbari

 

2. Tumis & Masak Daging

Setelah diperap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali kemudian tumis daging yang perap tadi, masukkan sedikit air.

Masak sehingga daging lembut, tambahkan lagi air untuk lembutkan daging.

3. Masukkan Kerisik, Garam & Gula

Bila daging lembut, masukkan kerisik, garam, gula & air gula.

4. Masak Hingga Kuah Pekat

Masak sehingga kuah menjadi pekat dan berpalut di daging.

Warnanya akan bertukar menjadi semakin gelap.

Inilah hasilnya… 

Mudah kan?

Selamat mencuba!

(Kredit resepi: Saba Natasha)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×