Dapur

Peniaga Kongsi Cara Simpan Lemang Supaya Tak Cepat Basi. Penting!

206
SHARES

TIPS / CARA SIMPAN LEMANG TAHAN LAMA, TAK MUDAH BASI

Menjelang hari raya ni, dah tentulah ramai antara kita yang akan sediakan makanan Hari Raya macam ketupat, lemang dan sebagainya.

Kalau ketupat atau nasi impit tu mungkin ramai yang buat sendiri, tapi biasanya lemang pula dibeli daripada penjual sebab susah kita nak cari buluh dan bakar sendiri kan?

Bila dah beli banyak tu, kadang-kadang tak sempat nak makan sampai habis tapi lemangnya dah basi. Mesti pernah jadi macam ni kan?

Jadi di sini kami ingin kongsikan cara simpan lemang yang betul supaya tahan lama dan tak mudah basi.

Tips ini dikongsikan oleh peniaga sendiri, khas untuk pembeli yang suka beli lemang panas-panas.

Jom kita baca perkongsian beliau sepenuhnya di bawah ini:

Tips / Cara Simpan Lemang Tahan Lama & Tak Cepat Basi

Hari ni nak kongsi tips & cara simpan lemang yang baru dibeli ketika lemang masih panas.

1. Jangan Sesekali Simpan Lemang Panas Dalam Bekas Tertutup

Satu perkara yang ramai tak tahu, bila beli lemang panas jangan simpan di tempat yang tertutup.

Apa akan jadi?

Ok Mai nak cerita sikit.

Jangan simpan lemang yang masih panas didalam tempat tertutup seperti bekas makanan dalam tempoh yang lama. Ia boleh menyebabkan wap panas terperangkap dan lemang akan “berpeluh”.

Bila lemang tersebut sejuk ianya akan bercampur dengan wap air dan lemang tersebut sangat mudah rosak.
Kebarangkalian lemang akan menjadi berlendir.

Lemang akan menjadi masam kerana wap air dan daun pisang akan cepat menghasilkan bau yang tidak enak.

Lemang juga akan menjadi lembik kerana wap air yang terperangkap didalam buluh dan bercampur dengan pulut yang telah dimasak.

Baca juga: 7 Petua Nak Dapatkan Nasi Impit Tahan Lama & Tak Cepat Berair. 3-4 Hari Pun Masih Sedap!

2. Biar Wap Panas Keluar Terlebih Dahulu

Biasanya bila pelanggan beli lemang, kebiasaannya jurujual akan balut lemang tersebut dengan kertas.

Jadi, apa pelanggan perlu buat?

Jika tak nak makan dalam waktu terdekat, sebaiknya koyakkan sedikit lubang bahagian atas untuk memberi ruang wap panas keluar.

3. Petua Tonggengkan ‘Kaki’ Ke Atas

Ada orang kata kalau nak tahan tonggengkan ‘kaki’ keatas, betul ke?

Jawapannya…

Jika anda tonggengkan kaki keatas, memang lemang akan lebih tahan tetapi lemang akan hilang rasa aslinya.

Sebabnya segala minyak yg terhasil dari santan akan meleleh keluar dan lemang akan jadi kering.

Jadi, tak perlu tonggengkan jika anda ingin kekalkan rasa asli pada lemang.

4. Simpan Dalam Peti Sejuk

Apa yang anda perlu buat ialah biarkan lemang sejuk secara semula jadi dan biarkan wap lemang keluar.

Pastikan lemang betul-betul dah sejuk barulah disimpan.

Nak lebih tahan, belah buluh, biarkan lemang sejuk. Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk / freezer.

Kalau nak makan. Boleh la reheat guna rice cooker bersama nasi yang dah masak atau paling senang guna microwave.

Baca juga: Cara 2-in-1 Buat Bubur Bayi & Nasi Sekaligus. Senang, Jimat Masa!

cara simpan lemang

Selamat Mencuba!

Ok, mudah kan cara simpan lemang ni?

Mungkin ada antara kita yang kurang aware dengan tips ini, jadi bolehlah kita kongsi supaya taklah membazir bila lemang tu basi sebelum sempat kita habiskan nanti.

Semoga bermanfaat dan diharap tips ini juga dapat membantu kita berjimat di Hari Raya.

*Kredit: Lemang Pokok Buluh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×