Dapur

Resepi Kuah Yong Tau Foo ‘Super’ Pekat & Sedap, Rasa Sama Macam Di Pasar Malam!

82
SHARES

“Pasar malam dah buka, tapi takut ramai pula. Teringin yong taufu…”

Sebut sahaja pasar malam, pasti kita terbayangkan pelbagai jenis makanan yang boleh dibeli di sana bukan? Antara juadah yang menjadi pilihan sudah semestinya yong tau foo, dimana juadah ini seringkali didapati ketika jualan pasar malam atau bazaar ramadan sahaja.

Tapi, disebabkan kita masih berada dalam ‘musim’ Covid-19 ini, mungkin ada dalam kalangan kita yang mengelak dari pergi ke tempat ramai orang bagi menjaga kesihatan diri. Oleh itu, apa kata anda buat sendiri sahaja yong tau foo di rumah dengan resepi kuah yang sama macam di pasar malam. Terbaik!

Resepi Kuah Yong Tau Foo

Kuah hitam

-2 sudu makan taucu

-2 sudu makan tepung jagung

-2 sudu makan tepungg gandum

-3 sudu makan kicap pkat

-3 sudu makan sos tiram

-1 sudu makan gula (ikut selera masing-masing kalau suka manis lebih kan gula)

-4 cawan air

-*Masukan semua dalam blender.. blend bagi taucu halus… pastu masak bagi mendidih sekejap..

Kuah merah

-1/2 cawan kacang tanah yang dah digoreng

-1 sudu tepung gandum

-1 sudu tepungg jagung

-1 sudu makan gula (ikut selera masing-masing kalau suka manis lebihkan gula)

-4 cawan air

-1/4 sudu makan garam

-3 sudu cili blend

*Blend semua bahan dekat atas bagi kacang halus..

1-Panaskan sikit minyak… tumis 2 biji bwang putih ketuk.. letak 3 sudu makan cili blend.. tuggu kering..

2-Masukan semua bahan dalam blender tdi.. masak sekejap bagi kuah agak pekat.. dalam 5 minit..Dah boleh makan dengan apa-apa bebola.. fish cake,.. sayur..sotong kangkung..

3-Siram kuah diatas bebola ikan,fish cake,kangkung..tabur bijan sangai atau bwang goreng.. siappp untuk dimakan.
Selamat mencuba!!

Sumber: Puteri Hana Sofia

Most Popular

To Top
SKIP THIS AD ×