“Sedapnya keropok ubi kayu ni. Kena belajar buat sendiri nampaknya…”
Selain keropok ikan, keropok ubi kayu juga menjadi kegemaran ramai. Boleh disira pedas dan dijadikan kudapan sewaktu petang. Rupanya mudah sahaja nak buat keropok ubi kayu di rumah. Bahan-bahan pun tak rumit. Nak tahu macam mana? Jom tengok perkongsian Suraya Soib cara-cara mudah dan cepat.
Baca juga: Resepi Sambal Pucuk Ubi Goreng Viral, Juadah Warisan Negeri Sembilan
RESEPI KEROPOK UBI KAYU HOMEMADE, SENANG JE
Ini namanya keropok ubi kayu. Sedap sangat Tambah pula sendiri buat.
Bahan-bahan:
- Ubi kayu
- Tepung ubi
- Garam secukupnya
- Udang kering atau ikan bilis secukupnya
Cara-cara penyediaan:
1. Parut ubi
2. Campurkan ubi yang diparut dengan tepung ubi
3. Masukkan garam dan kalau nak campur udang kering ke ikan bilis ke boleh la. Kisar sehingga hancur
4. Tepek atas daun pisang dan kukus smpai masak
6. Jemur sampai kering
7. Dah kering boleh goreng
Siap. Mudah kan? Nampaknya lepas ni asyik makan keropok ubi homemade sahaja la. Buat banyak-banyak baru puas makan. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Suraya Soib