Dapur

Resepi Keropok Nasi Guna Nasi Lebihan Semalam

48
SHARES

Kebiasaannya keropok ikan sahaja yang sering kita dengarkan? Berbeza pula kali ini apabila keropok nasi menjadi bualan hangat di media sosial.

Kalau ada nasi lebihan semalam, jangan dibuang kerana ia boleh digunakan untuk menghasilkan keropok nasi. Ranggup dan sedap. Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak terlalu rumit. Sekali cuba pasti mahu lagi.

Baca juga: Cara Buat Jeruk Petai, Sedap, Ranggup & Tahan Lama

Baca juga: Resepi Fishcakes & Isi Ketam ‘Crispy’, Memang Layan!

RESEPI KEROPOK NASI GUNA NASI LEBIHAN SEMALAM

Hari ini saya nak tunjuk keropok nasi.  Hasil dari baki nasi sejuk yang mas simpan dalam peti ais.

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 1 bungkus tepung ubi
  • Secubit rasa (mengikut citarasa masing-masing)
  • Sedikit garam
  • 1 kotak pati ikan bilis
  • Air

Cara-cara penyediaan:

– Kisar semua bahan di atas sehingga halus dan hancur. Sukatan air ikut sukatan mesin pengisar masing-masing.

– Masukkan bahan yang dikisar kedalam besen dan uli bersama tepung ubi kayu. Uli sampai tepung tu tak melekat dekat tangan.

– Kemudian, bila dah cantik bulat-bulat gelonjong macam dalam gambar rilekskan selama 1/2 jam.

– Kemudian rebus tepung tu dalam 20 minit sampai tepung tu timbul. Agak-agaklah kalau dah nampak cantik ambik dan sejukkan. Dah sejuk masuk dalam peti ais.

– Nak letak pewarna atau kosong pun boleh. Dah sejuk baru sapu pewarna. Biarkan kering dan bolehlah potong senipis-nipisnua dan susun macam dalam gambar.

– Keringkan bawah cahaya matahari sampai betul-betul kering dan keras. Barulah angkat dan boleh goreng.

Nak buat makan sendiri boleh, nak jual pun boleh. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Masrizah Jauhari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×