Siapa suka makan kepingan ayam? Biasanya jika di rumah kepingan ayam dibuat menggunakan bahagian dada ayam. Hal ini kerana bahagian tersebut selalu ditinggalkan dan tidak digemari oleh anak-anak.
Lain pula dengan resepi kali ini apabila seorang wanita menggunakan bahagian peha ayam untuk dijadikan kepingan ayam. Kesemuanya dilakukan sendiri di rumah dan hasilnya? Kena tengok resepi bawah ini!
Baca juga: Resepi Diet Snek Oat Pisang, Makan Ini Je Boleh Turun Berkilo-Kilo!
RESEPI KEPINGAN AYAM BBQ HOMEMADE, CONFIRM LICIN
Kepingan ayam BBQ. Benda ini memang mahal dibeli di Malaysia. Di negeri Belanda, memang tak ada. Jadi experimen buat sendiri sahaja. Ini kali kedua saya buat. Memang sedap. Saya tak suka beli daging ayam kisar dekat supermarket. Saya beli daging peha ayam yang berlemak sedikit dari kedai orang Turki di sini.
Bahan-bahan diperlukan:
- 500 gm Daging peha ayam yang ada lemak
- 2 tbsp Soy sauce
- 1 tsp rose water
- 1 tbsp Oyster sauce
- 1 tsp Sesame oil
- 1 tsp Dark soy sauce
- 1 tsp fish sauce
- ½ tsp Five spice powder
- 80 g Sugar or to taste (I put 50 gm)
- 2 tbsp honey or golden syrup
Kalau nak pedas, letak chili powder sedikit.
Cara-cara penyediaan:
1 .Kisar peha ayam , lepastu tambah bahan perapan & kisar lagi. Jangan hancur sangat.
2. Perap ayam kisar ni di dalam peti sejuk semalaman.
3.Ratakan dengan rolling pin dalam 2mm tebal.
4. Bakar di dalam oven selama 15 minit 160°C di rek bawah. Selepas15 minit keluarkan dan biarkan sejuk.
5. Potong dalam kepingan ikut suka hati. Selepas itu, sapukan maltose atau madu, grill di dalam oven di suhu 230°C selama 3 minit . Keluarkan.
6. Terbalikkan kepingan ayam ni, sapu lagi madu, dan grill untuk 3 minit lagi 230°C atau hingga kepingannya jadi kemerahan seperti di dalam gambar di bawah.
Dah siap. Biarkan sejuk. Nipis macam ni baru best. Untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap, makan kepingan ayam selepas 3 atau 4 hari selepas di buat.
Sumber: Facebook Victoria Van Bennekum