Dapur

Kek ‘Terlajak’ Gebu Guna Adunan Segera Red Velvet Viral, Beli Di Kedai Eco Je!

19
SHARES

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang mencuba pelbagai jenis resepi sepanjang tempoh lockdown ini kan? Ada yang menjadi dan ada juga yang tidak. Salah satu menu yang menjadi pilihan untuk dicuba adalah kek. Nampak mudah namun secara teknikalnya, membuat kek ini juga adalah susah.

Tapi, jangan risau kerana ada perkongsian di laman Facebook dimana anda boleh guna adunan segera kek red velvet boleh didapati dari Kedai Eco berharga RM 2.10 sahaja. Memang gebu kejadian kek tersebut!

Artikel berkaitan: Resepi Kek Sarang Semut Viral, Elok Kejadiannya!

KEK TERLAJAK GEBU GUNA ADUNAN RED VELVET KEDAI ECO

Si Baldu merah ni saya beli dekat Eco, gebu gebass! Hanya RM2.10 1 paket..beli 2 paket dapat 2 biji kek. Nak buat pun senang jee.. cara-cara ada dekat plastik..

1. Guna Cheese Tatura- pukul dengan whiping cream + susu pekat sikit … ikut manisan tekak masing-masing. Kalau nak leleh lagi letak susu full cream…

Tips kek gebu : Pukul telur sampai gebu.. telur tak gebu kek jadi bantat.. INGAT TU.

2.Pukul telur dulu sampai gebu, baru masukkan gula kastor , minyak masak, tepung dan mix sebati.

3.Saya guna acuan biru saiz kecik . baru kek jadi tinggi. Leset minyak dulu pada acuan supaya kek tak lekat ..

4.Kukus sampai masak..Siap!

*Gebu!

Sumber: Siti Rosnida

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×