Dapur

Lebih 26K Shares, Ini Resepi Kari Ikan Jenahak Bau Semerbak Anda Kena Cuba!

85
SHARES

Siapa sahaja yang tidak minat hidangan kari ikan panas-panas bukan? Tambah pula kalau dapat kari ikan yang pekat dan menggunakan ikan yang segar, memang licin pinggan nasi dibuatnya! Tetapi, tidak semua dalam kalangan kita yang ‘menjadi’ setiap kali masak kari. Ada yang terlampau pekat dan ada pula yang terlampau cair serta tidak cukup rasa.

Oleh itu, perkongsian resepi kari ikan ini mendapat lebih 26k shares di laman Facebook dimana anda pun boleh cuba masak di rumah. Tengok dari segi warna kuah tersebut memang boleh membangkitkan selera!

BAHAN-BAHAN KARI IKAN

-Ikan Jenahak

-Bawang putih 7 ulas

-Bawang kecil merah 6 biji

-Halia besar ibu jari

-Santan

-Satu sudu halba campur

-2 biji tomato, bendi dan cili hijau

-Daun kari

-Rempah kari ikan Babas dan serbuk cili

-Satu sudu asam jawa

CARA-CARA NAK MASAK KARI IKAN SEDAP!

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia

2. Masukkan halba campur satu sudu makan

3.Kemudian, masukkan 2 biji tomato

4. Gaul dalam 2 minit kemudian masukkan daun kari

5. Bancuhkan rempah kari ikan Babas

6.Letak air sikit supaya tidak berketul. Kemudian tuang bancuhan rempah dalam tumisan.

7.Dah pecah minyak serbuk kari tadi, masukkan 1 sudu makan serbuk cili Babas.

8. Selepas itu, masukkan 3 cawan air.

9.Bila dah menggelegak, masukkan ikan jenahak yang dah dibasuh bersih.

10. Kemudian, masukkan asam jawa 1 sudu makan.

11. Dah gaul rata, masukkan bendi.

12.Masak selama 10 minit dan masukkan santan.

13.Masak sehingga bendi dan ikan masak, selepas itu masukkan cili besar hijau.

14. Akhir sekali, masukkan garam 1 sudu.

15. Dah siap! Memang terliur nampak tu.

*Sedapnya makan dengan nasi panas-panas!

Sumber: Ameera

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×