“Teringinlah nak rasa cucur durian tu, orang kata sedap. Tapi mana nak cari, sebab durian ni biasanya limited edition jugak.”
Kalau tiba musim durian, macam-macam produk masakan berasaskan durian kita boleh jumpa. Contohnya aiskrim durian, durian crepe, kek durian dan bubur serawa durian.
Tapi mungkin kita tak biasa makan cucur durian atau jemput-jemput durian lagi kan?
Haa, di sini kami nak kongsikan resepi cucur durian oleh Erah Syahirah.
Memang gebu dan sedap tau. Tengok rupa pun dah boleh rasa nak makan sekarang jugak!
Jom tengok resepi cucur durian di bawah ni.
Resepi Cucur Durian Gebu Dan Sedap
Inilah yang ore kelate panggil ‘jeput duye’. Yang mana suka makan tu mesti tahu jemput-jemput durian atau cucur durian.
Saya nak kongsikan resepi oleh Umi tercinta saya.
Ada teknik yang saya sertakan dekat video di bawah ni sekali macam mana nak bagi bentuk bulat-bulat gitu.
Senang je nak buat sebenarnya.
Ini saya senaraikan bahannya terlebih dahulu.
Bahan-bahan
- Tepung gandum 1 kg
- *Telur 2 biji
- *Gula 2 sudu
- *Garam 1 sudu
- *Mauripan 1 paket (bancuh dengan air suam)
Bahan Inti
- Isi durian
- Gula (ikut suka banyak mana)
Cara-cara
1. Campur Bahan
Mula-mula sekali campurkan semua bahan bertanda* di atas.
Gaul sebati dan tunggu hingga kembang.
2. Masukkan Tepung
Kemudian masukkan tepung dan air secukupnya. Agak-agak, bubuh sikit-sikit supaya tak banyak sangat dan jangan kurang sangat.
3. Rehatkan Adunan
Rehatkan adunan kejap. Tunggu dalam 1 jam.
Sementara tu boleh sediakan isi durian yang dibuang biji untuk dibuat inti.
4. Bubuh Inti & Terus Goreng
Lepas adunan tu dah direhatkan, kita bolehlah siapkan kuali dan panaskan minyak.
Sambil tu bubuh inti durian dan bila minyak dah panas terus goreng.
Ini cara saya bubuh inti dan goreng dalam kuali.
Mungkin ada orang guna cara lain, terpulanglah nak ikut yang mana.
Siap!
Macam nilah hasilnya yang ditunggu-tunggu. Wangi semerbak bau durian!
Memang sedap rasa lemak manis. Serius tak boleh berhenti makan.
Jadi apa lagi, kenalah cuba resepi ni terutamanya masa musim durian. Nanti waktu lain dah susah pulak nak jumpa durian kan?
Selamat mencuba!
*Resepi cucur durian ini dikongsikan oleh Erah Syahirah menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, rujuk link post asal di SINI.