Dapur

Cara Buat Aiskrim Durian Homemade. Lemak Berkrim, Guna Blender Je

1.8K
SHARES

Musim durian kali ini memang buat ramai teruja sebab harga durian kali ini agak murah berbanding selalu. Jadi ada mesti antara kita yang tak lepaskan peluang untuk beli banyak-banyak! Kalau yang ada dusun atau kebun tentulah lagi seronok dibuatnya.

Apa yang menariknya, macam-macam resepi kita boleh buat dengan menggunakan durian. Antara yang terkenal termasuklah durian crepe, cream puff durian, kek durian cheese, seri muka durian, dan tak lupa juga jem durian dan tempoyak.

Dalam artikel kali ini, kami berbesar hati kerana Puan Syu Islamiah sudi berkongsikan resepi aiskrim durian homemade yang lemak berkrim. Menurutnya, ini kali kedua beliau membuatnya. Caranya simple saja, pakai blender pun boleh dan rasanya tentulah sedap. Kalau beli di luar, ada yang sampai RM8 juga harganya. Jadi, memang berbaloi kalau buat sendiri, kan?

Jom kita tengok resepinya selengkapnya di bawah ini.

Resepi Aiskrim Durian Homemade Yang Lemak Berkrim. Mudah, Pakai Blender Je!

Bahan-bahan

  • 1 cawan isi durian (nak letak lebih pun lagi sedap)
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar susu pekat (kalau suka manis boleh tambah)
  • 1 sudu besar ovalette (pastikan yang halal)- kalau tak ada boleh tukar pakai telur sebiji
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

1. Blend semuanya hingga hancur dan sebati.

2. Lepas tu saya pakai mixer untuk kembangkan bagi bertambah isinya. Kalau yang tak ada mixer, mungkin boleh blender lama sikit.

 

3. Kemudian masukkan ke dalam bekas untuk disejukkan. Muat la masuk dalam bekas aiskrim 1.5L ni.

4. Tunggu beku, lepastu bolehlah makan. Sedapnya!

resepi aiskrim durian

Mudah, kan?

Wah, rupanya senang sangat nak buat aiskrim durian sendiri di rumah. Jimat pula tu.

Rugi kalau tak cuba. Nak-nak pula tengah musim durian ni. Jadi, bagi yang ada durian lebih tu bolehlah buat aiskrim durian. Memang nikmat sungguh makan aiskrim ni bila cuaca panas. Tak payah susah-susah beli di kedai lagi.

 

*Resepi aiskrim durian homemade lemak berkrim ini dikongsikan oleh Puan Syu Islamiah. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×