Dapur

Resepi Choco Ball Milo Nestum Tanpa Bakar. Kuih Raya Paling Simple & Sedap!

436
SHARES
resepi choco ball milo nestum

Resepi Choco Ball (Sangat Simple)

Kadang-kadang tekak ni teringin nak makan manis juga kan… Lagi-lagi bila tengok macam-macam iklan bulan puasa ni.

Pernah tak makan choco ball?

Sebenarnya simple sangat nak buat. Kalau buat sendiri, kita pun boleh adjust sendiri ikut manis yang kita suka.

Memang puas hati dan bolehlah sekadar nak melepaskan ‘gian’.

Jangan makan banyak-banyak nanti naik pula gula nanti.

Boleh buat untuk tetamu dan untuk Hari Raya nanti. Hias cantik-cantik memang nampak mewah!

Resipi Choco Ball Milo Nestum Paling Mudah & Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 cawan Milo
  • 1 cawan Nestum
  • 1 cawan mentega kacang (peanut butter) – boleh beli yang unsweetened / tanpa gula
  • 1/2 cawan susu pekat manis-ikut suka

Cara-cara:

  1. Mula-mula, gaul semua bahan hingga sebati dan agak likat agar mudah dibentuk.
  2. Kalau agak-agak lembik, boleh tambahan Nestum sedikit demi sedikit.
  3. Jika suka, nak tambah kacang tumbuk kasar-kasar pun boleh juga.
  4. Bentukkan bulat-bulat ikut saiz yang kita suka. Bentukkan guna tangan saja.
  5. Lepas tu masukkan ke dalam papercup kecil-kecil macam dalam gambar.
  6. Nak bubuh hiasan ikut masing-masinglah nak coklat cip atau kosong macam tu je pun dah sedap dah.
  7. Akhir sekali masukkan dalam peti sejuk. 
  8. Siap!

resepi choco ball

Saya buat 2 versi, satu golek Nestum dan satu lagi bubuh coklat cip di atasnya.

resepi choco ball

Mudah sangat kan?

Tak sampai sejam, nak habis kena ngap!

Memang sedap paduan rasa coklat dan peanut butter. Makan pula masa keluar peti ais. Nikmatnya…

Nak tahu rasanya kenalah buat di rumah.

Selamat mencuba.

(Kredit resepi / gambar: Rafidah Rizuan)

Baca juga: RESEPI CHOCOLATE BALL ALA BELGIUM CHOCOLATE

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×