Dapur

Resepi Cheesekut Untuk Bayi, Bertambah Selera & Mengenyangkan!

13
SHARES
Resepi Cheesekut Untuk Bayi

Bila ada anak kecil, memang ibu-ibu akan buntu nak sediakan makanan sesuai untuk mereka. Antara menu sedap dan memuaskan untuk bayi berusia 8 bulan adalah cheesekut. Gabungan cream cheese dan biskut bayi menambah lagi selera si kecil. Jom cuba resepi cheesekut untuk bayi seperti di bawah.

Baca juga: Ibu Kongsi Cara Pantas Sediakan Bubur Nasi Bayi, 10 Minit Je Dah Settle!

RESEPI CHEESEKUT UNTUK BAYI, CONFIRM BERTAMBAH SELERA

Umi nak share resepi cheesekut versi baby ni. Sangat la sedap. Bahan-bahan pun mudah sahaja. Jom kita cuba.

Bahan-bahan diperlukan:

– Biskut baby (tak kisah brand apa pun yang mummy rasa sesuai, kurang atau tiada kandungan gula)

Puree kurma (yang ni nak guna puree buah lain pon boleh)

– Tatura cream cheese (agak-agak sahaja kuantiti dia)

– 150ml susu full cream

Resepi Cheesekut Untuk Bayi

Cara-cara:

1. Hancurkan biskut baby kemudian ketepikan.

2. Atas api masukkan susu full cream dan cream cheese. Kacau hingga sebati.

3. Dah settle 2 step di atas, jom start lapiskan. Umi start lapis biskut dahulu, kemudian puree kurma dan cream cheese. Ulang step sampai habis.

Resepi Cheesekut Untuk Bayi

Boleh dimakan terus atau simpan chiller dahulu. Untuk cheeskut ni boleh tahan 2 hingga 3 hari dalam chiller.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Eira Syiraa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×