Dapur

Resepi Chee Cheong Fun Versi Mudah Guna Rice Paper Je. Sedap!

181
SHARES

Bagi peminat chinese food, anda mesti pernah makan Chee Cheong Fun atau nama lainnya Rice Noodle Roll / Steamed Rice Roll.

Ia seakan-akan kuay teow gulung yang dihidangkan bersama kuah hitam (macam kuah rojak petis). Ada juga jenis yang mempunyai inti dan ada jenis yang kosong, dan mungkin kini ada banyak lagi versi yang dimodenkan dengan pelbagai cara hidangan lagi.

Menurut sumber, adalah sejenis hidangan makanan Kantonis yang berasal dari China Selatan dan Hong Kong.

Memang jarang nak jumpa Chee Cheong Fun yang halal, jadi di sini kami kongsikan cara nak buat sendiri chee cheong fun secara homemade dengan menggunakan bahan yang paling mudah dijumpai.

Jom tengok resepi chee cheong fun yang dikongsikan oleh CikYah NhK.

Resepi Chee Cheong Fun Versi Express

Kebetulan saya ada beli rice paper di Kedai Eco tempoh hari.

Tapi tak tahulah bila datang mood rajin nak buat Vietnamese spring roll.

Nak dijadikan cerita malam ni tiba-tiba teringin nak makan chee cheong fun ni.

Maka terhasillah resepi chee cheong fun versi express.

Kalau teringin nak makan nanti bolehlah cuba ya, simple sangat!

resepi chee cheong fun

Cara Buat Chee Cheong Fun (Noodle Roll)

  1. Guna 3 keping rice paper untuk 1 gulungan.
  2. Caranya basahkan dan gulung.
  3. Kalau nak bubuh inti udang pun boleh.
  4. Tabur daun bawang baru gulung.
  5. Saya buat ni versi kosong je. Bila dah siap satu tu bolehlah repeat nak buat banyak mana.
  6. Kemudian rebus 5 minit nak bagi dia lembut.
  7. Rasa sikit lepas 5 minit tu. Kalau still liat, rebus sikit lagi.
  8. Dah siap boleh potong ikut suka.

chee cheong fun

Cara Buat Kuah Chee Cheong Fun

Sambil merebus tadi boleh buat kuahnya.

Ni versi campak ikut suka, memang simple simple je.

Bahan-bahan kuah

  • Kicap
  • Sos cili
  • Cili flakes – nak bagi pedas
  • 1 ulas bawang putih
  • Gula merah

Cara Buat Kuah

  1. Mula-mula blend semua bahan.
  2. Lepas tu masak atas api.
  3. Tambahkan sedikit air campuran tepung jagung – untuk bagi kuah pekat.
  4. Kalau ada minyak bijan renjis-renjis sikit lagi sedap
  5. Siap untuk dihidang bersama rice paper yang dah direbus  dan dipotong tadi.

resepi chee cheong fun

Inilah hasilnya…

chee cheong fun rice paper

Nampak sedap… Dah lama tak makan. Jadilah sekadar nak melepaskan rasa teringin tu kan?

Selamat mencuba!

Kredit resepi: CikYah NhK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×